Pengalaman Anak Kena Chickpen Pox & Campak Sekam

Pengalaman Anak Kena Chickpen Pox & Campak Sekam

Alhamdulillah syukur anak anak dah makin sihat. Ya ALLAH, diuji anak anak tak sihat dibulan April. fuhh ! Kena chicken pox campak sekam la. Dah la ni pengalaman pertama jaga anak anak kena chicken pox campak ni.  Anak 3 orang , Maryam anak no 2 aje yang kena. Syukur Dahlia yang kecil tak kena. Mungkin belum lagi kot huhu

Chicken Pox Campak Sekam Tips Penjagaan, Cara Hilangkan Parut Cepat

Selama ni dok ingat sama je chicken pox campak ni. Bila dah ada pengalaman baru la tahu lain rupanya

Info dari SINAR.MY 

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella, virus sama yang menyebabkan kayap.

Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus.

Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

 

Maryam kena chicken pox tapi tak demam

Masa ni naik biji biji air tu je. asalnya dekat hidung. kemudian merebak ke seluruh badan. Lega dia tak demam. Happy je. Kuarantin tak boleh p school

chicken pox campak
Day 1

 

Day 1

 

Day 2
Day 3

Hari ke 3, dah kering dah kuping kuping tu dah mula terkopek. Gatal gatal pun takde sangat. Selera makan ok. Asyik makan je

Selepas 1 minggu , dia dah sihat. Muka pun bersih tanpa parut parut

 

 

 

Seminggu dia ke sekolah tadika, musim hujan pulak time tu. Panas hujan dia pun demam. Ingat demam biasa sebab kena hujan.

Selalu walaupun demam, dia selera makan. Biasa demam 1-2 hari dah lega. bila masuk hari ke 4 di demam, lemah , batuk dan suhu badan sangat tinggi. Ada masa sampai 40 suhu nya. ishh tak boleh jadi, kami bawa jumpa doktor

Hari yang kami nak bawa dia jumpa doktor, pagi tu badan dia naik merah merah. ishhh ruam ke ni. Mesti badan dia terlalu panas sampai naik ruam. tu andaian kami la

 

 

Kami bawa Maryam ke Klinik Adek Seksyen 9 Shah Alam. Sampai sana Doktor check dia ada kahak, dan demam panas. Doktor cakap sebab ada kuman pada baru baru sebab tu demam dia panas dan naik rashes ni.

Oklah kami pun balik, bagi dia makan ubat ikut apa yang doktor arahkan. Malam tu demam dia still panas. masuk ubat bontot pun tak jalan . dan malam tu dia cirit birit. lain macam je ni

Teringat pasal demam ruam atau roseola. tanda tanda pun sama. Antara tanda tanda demam ruam atau roseola adalah

  1. asyik merengek
  2. cepat marah
  3. mudah terganggu emosi
  4. cepat letih
  5. cirit-birit ringan
  6. kurang selera makan
  7. mata merah
  8. kelopak mata bengkak
  9. hidung berair seperti selsema
  10. tekak sakit dan perit (ini juga yang menyebabkan anak kurang mahu makan dan minum)

Semua tanda tanda ni ada. Jadi memang ingat demam ruam la. Ok esok follow up dengan doktor

Sampai je klinik jumpa Doktor, tanya sama ada roseola ke tak. Doktor pun cakap dia pun ingat mulanya roseola tapi rupanya campak sekam. Campak sekam?

Serius Ainul baru tahu nama campak sekam ni tau. Ingat campak mesti naik biji biji macam chicken pox. huhu

Seminggu follow up dengan Doktor Amdan sebab Maryam dah sampai kena jangkitan paru paru. huhu. Alhamdulillah selepas seminggu Maryam pun dah sihat . Bagus Klinik Adek ni . Mahal tapi sangat puas hati. Nanti Ainul cite ye

Bila dah kena campak, habis campak benda paling susah nak hilang adalah parut

chicken pox campak

 

Habis badan Maryam jadi hitam hitam. Banyak la juga. Badan, kaki, tengkok semua parut hitam

Dalam Maryam demam campak, selain ubat doktor, Ainul mandikan dia dengan basic h, sapu herbal blend dan bagi nutriferon. Alhamdulillah doktor klinik Adek pun tahu dan sangat support kami bagi makanan tambahan ppada Maryam untuk boost antibodi dia

Selepas seminggu demam campak dia dah sembuh , parut makin berkurang. Lega hati mama

 

yeahhh dah boleh p school.

 

 

 

chicken pox campak

Masih ada sikit sikit tapi tak ketara sangat parut dia. insyaALLAH kita konsistent lagi bagi betul betul hilang. Ainul tambah juga mealshakes untuk Maryam

Apa yang Ainul ambil semasa Maryam kena chcicken pox campak adalah

1. sapu herbal blend. kerap sapu. kejap kejap sapu. keje mak dia sapu cream je.huhu

2. Mandikan dengan basic h nak bagi cepat suhu turun dan tak berjangkit dengan adik beradik lain

3. Bagi Maryam makan nutriferon. Lepas makan nutriferon ni rasa cepat biji biji tu kering.

4. Mealshakes as multivitamin untuk Maryam

 

Bila anak sakit jangan lupa bawa pergi doktor ye. Ubat doktor makan jangan ngelat. Supplement hanya makanan untuk bantu kuatkan badan mereka.

Syukur sebab kerja sendiri. Jadi bila anak tak sihat takde pening nak cuti banyak hari.

Semoga perkongsian ni dapat membantu ibu ibu yang sedang menjaga anak yang kena chicken pox campak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge