Babywearing.Boleh ke nak berfesyen?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Trend zaman sekarang adalah babywearing. Lebih mudah nak bergerak ke sana sini compare dengan bawa stroller. Namun ada juga cakap kalau pakai babywearing ni susah nak pakai cantik cantik, nak bergaya. Kenapa pulak tak boleh?  Tak boleh pakai heels ke atau baju penuh manik, labuci
Ainul nak berkongsi dengan anda fesyen babywearing. bukan jenis babywearing ye tetapi kita as mak walaupun tengah berbabywearing still boleh bergaya. Babywearing juga merupakan aksesori tau

Babywearing bukan la pernghalang untuk kita berpakaian cantik, memakai wedges, heels. Yang penting adalah selesa. terutama bila kita nak berjalan. Kita membawa beban tambahan. Maryam halus 6-7kg je. Arreessa 13kg. Pastikan kita si ibu ni cukup kalsium. Nanti senang sakit pinggang
Jika anda suka beads atau manik boleh juga pakai. Cuma kita kena kreatif sikit. Selalu pakai beads di dada kali ni kita bertukar ke lengan. 
Still boleh bergaya dengan beads bling bling kan.. Baby pun selesa tak terkena beads pada muka, badan dia
Bagaimana nak dapatkan babywearing ini? Ainul beli brand Snuggbaby. Harga dalam RM300++ . Snuggbaby ni tahan lama dan boleh pakai sampai anak 20kg. Kalau pergi travel memang best sebab tak sakit pinggang dukung anak. Anak pun selesa je tidur.
Babywearing menghalang kita bergaya? Kini tidak lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge