Banyakkan susu dengan teknik power pumping

Banyakkan susu dengan teknik power pumping

Mungkin ada kalangan ibu yang sedia maklum apa itu POWER PUMPING kan? Kalau yang sudah tau, boleh juga baca sekadar untuk hiburan hehehe…

Untuk yang belum tau apa itu POWER PUMPING, sila baca sampai habis ye.

APAKAH ITU POWER PUMPING?

Power Pumping adalah satu teknik/cara mengepam yang boleh membantu para ibu meningkatkan hasil pengeluaran susu.

CARA POWER PUMPING DILAKUKAN.

Bagi yang mempunyai single pam buat macam ni:

— pam breast 10 minit sebelah kanan, lepas tu tukar breast sebelah kiri pula selama 10 minit juga. Lakukan berulang-ulang 10 minit setiap breast selama 1 jam. Taraaa! Dah siap.

Bagi yang mempunyai double pam buat macam ni:

— pam selama 10 minit, stop 10 minit, pam lagi 10 minit, stop..lakukan berulang-ulang sampai 1 jam. Taraaaa..yang ni pun dah siap!

APA FAEDAH BUAT MACAM NI?

– banyak faedahnya. Lakukan sekerap yang mungkin, kalau rajin boleh setiap hari. Kalau agak-agak tiada kesempatan masa, buat 2, 3 kali seminggu pun sudah memadai. Penting untuk kita lakukan POWER PUMPING ini kerana hasilnya ibu akan mendapat hasil susu yang lebih banyak. Bukan susah nak buat pun kan. Bila dapat hasil sape yang untung, anda dan bayi anda sudah semestinya!

BERAPA LAMA AKAN NAMPAK KESAN?

– bergantung pada individu. Bukan mudah hendak mendapat susu yang banyak dalam sekelip mata. Buat je, jangan asyik pikir bila la susu nak banyak ni? InsyaAllah akan adanya rezeki. Percaya dan DOA ye. Kebiasaannya seminggu selepas tu sudah dapat tengok hasil. Ingin merasainya? Cubalah!

Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge