Beras Parboiled Bagus Untuk Diet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni Ainul nak berkongsi dengan korang pasal beras rebus atau beras parboiled.

Bila baca sana sini baru Ainul tahu yang ada beras rebus. Selama 30 tahun ni hanya tahu beras putih, brasmathi. Tau makan aje la kiranya.

Rupanya beras parboiled atau beras rebus ni lagi bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah. Glisemik indeks rendah ni la yang penting kalau nak kurus.hihi

Ada banyak pilihan jenama beras parboiled ni. Pilih je mana yang berkenan. Jenama Faiza paling mahal la tapi mesti paling sedapkan.

Tak semua ada jual beras parboiled ni. Ainul p Tesco takde jual. p Aeon Mall ada tapi cap Faiza . Mahal bebenor.huhu dan ada cap jasmine tapi beras ponni. erhhh berbelah bagi nak beli masa tu.

Last sekali p Giant Seksyen 13 Shah Alam. Jumpa brand Jasmine dengan harga yang murah.

 

Ni harga 5kg ni RM21++ mcm tu.  Mahal sikit la dari beras putih tapi nak sihat kan.

 

 

Jenama suri ni pun murah. Beza sehinggit je dengan Jasmine tu. Ainul pilih Jasmine sebab dah biasa dengar nama brand dia.

Punya la penuh drama nak beli beras pun. Beras parboiled ni takde pek kecik. So memang kena terus beli pek besar. Mula mula berbelah bagi nak beli ke idok. Yelah kang tak sedap mampus nak kena habiskan. Tawakal je.

Sedap ke idok??

Meh baca dulu apa yang bestnya beras parboiled ni

Beras rebus/parboiled

Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. 

Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan juga magnese.
Rupa beras parboiled agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.

Harganya beras praboiled dan beras perang agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kan nak lebih sihat kan?

info dari SINI

 

Beras yang siap dimasak… warna beras ni kuning sikit tau. jangan ingat beras tak elok pulak.

Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH. ni selera Ainul la ye.

lembut sangat beras ni. ishhh sedap la

Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.

So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan silakan la beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa. memang sedap.

 

Nak kuruskan badan?

 

Lepas raya makin berat turun. Macammana ni weeii 😅😅😅

Siapa yang kenal kami berdua , sejak kahwin 10 tahun lepas kami memang comel, cantik, hensem

Hobi makan..makan & makan. Siapa tak suka makan kannn. Wife abam Joe pandai masak pulak. Yummyyy jadi jangan bazirkan makanan tak baik ok.

Bila mengandung, bersalin lagilah asyik makan.alasan menyusukan anak. Dari 2010 sampai 2019 non stop menyusukan anak.

Ramadan 2019 kami kembali kepada fitrah. Mula jaga makan betul betul. Kami memang dah lama tak makan fast food, makan dalam tin , air gas tapi ianya masih tak cukup.

Kami susun semula strategi nak turunkan berat dan lepas Ramadan berjaya turun berat dari

JOE 77KG – 71KG
AINUL 60KG – 56KG

Selalu lepas raya berat naik balik kan.. Bersyukur sebab kahwin dengan lelaki yang sejenis sangat disiplin giler giler. Dia memang susahlah nak diet, kawal makan tapi bila dia nak buat, dia akan buat betul disiplin tahap tinggi punya. Huhu..

Sama macam business. Kemain susah nak ajak dia buat dulu, kemain susah nak ajak dia buat gini gitu kalau dia tak faham tapi bila dia faham. Nah kauuu dia punya disiplin,komitment 500% dari Ainul 😆😆

Dari Aidilfitri ke Aidiladha, kami teruskan kami punya style nak turunkan berat. Bukan detox, bukan IF.

Cara kami senang je untuk orang yang suka makan, kuat makan macam kami.

Cuma kena ada DISIPLIN la ye.

Siapa yang berminat nak turunkan berat badan style kami, boleh whatsapp kami untuk kami coach anda

www.wasap.my/60133612717/kurusstylekami

#jurnalkurusjoelabu

Comments

  1. Suzlin says:

    Lin ada terbaca juga tentang beras parboiled ni. Nanti nak try carilah.

    1. ainul says:

      sila beli utk kesihatan. sedap pun sedap. dah beli update ye

  2. Dorsett Pink says:

    Wow!! Baru tahu pasal beras ni. Saya biasanya makan beras biasa tu je. Hehe
    Dorsett Pink recently posted…Singgah Bermain Kat McKenzie Town, New ZealandMy Profile

    1. ainul says:

      saya pun makan beras biasa. bila tau pasal ni saja nk try

  3. Aina says:

    First time dengar beras ni. Boleh cuba la pasni.
    Aina recently posted…Resepi Puding Tauhu Yang Mudah dan SedapMy Profile

    1. ainul says:

      cuba la sedap.. suka makan nasi beli yg bagus kan

  4. menarik.
    nampak mcm bagus masak nasi beras ni ekk.
    aida lom la pernah beli.
    adianiez AIDA recently posted…Follower Ke 1000 ?My Profile

    1. ainul says:

      bagus beras ni. sedap pun sedap.

  5. Sue says:

    Kena cari nanti. Takut nak beli ingatkan tak sedap. Ainul kata sedap kena beli la gitu.
    Sue recently posted…Entopia Penang – Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Wajib SinggahMy Profile

    1. ainul says:

      sedap. lagi sedap dari beras perang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge