Berbuka Puasa di Pretz n’ Beanz Bangsar
Berbuka di mana? berbuka makan apa? soalan setiap hari kot time pose ni. hihi. Last week Ainul buka puasa di Pretz n’ Beanz di Bangsar. Sekali sekali tukar tekak..eh selera anak tekak ni kannn. Asyik makan nasi je uolss. Nak makan western la pulak.
Cafe ni dekat je dengan Bangsar Village 2. Nak senang parking je di Bngsar Village dan korang keluar ikut pintu belakang Bangsar Village 2. Kasi kalori terbakar dulu sebelum menambah lebih banyak kalori.
Suasana cafe yang santai. sesuai kalau nak lepak dengan kawan kawan atau dating dating. Bawa anak pun selesa. tengok la Maryam sibuk main dengan kawan kawan dia
Makanan sedap tak? benda wajib yang kena tahu kan.. So far kena la dengan selera Ainul. Ada banyak menu eat clean. Hah! sesuai la dengan iolss yang kekonon tengah berdetox ramadhan ni kann
Special menu sempena Ramadhan penuh barakah ini, Pretz n’ Beanz menyediakan menu special iaitu menu ala carte hanya RM38 dan FREE air lagi. Boleh pilih nak air bandung, honey lime atau ice lemon tea dan FREE lagi 1 slice CAKE !!
Air tu unlimited refills tau. hangpa minum 10 gelas pun tak kena baayr. Tapi makan tak habis haippp kena charge. tak baik membazir di bulan ramadhan tau. amalan syaitonnn
Menu SPECIAL berbuka ni kena la dengan taste tekak selera orang Malaysia yang suka makan nasi.
- No takeaways
- No sharing allowed
- Free Buka Puasa Dates to soothe your stomach
- This offer is applicable for dine in only
- Food wastage will be subject to RM5 per 100gm
- Price is not inclusive of 6% GST & service charge
- Available from 6pm – 9pm (Monday to Friday)
- Not avalaible on Saturdays, Sunday and Public Holiday