Boboiboy Movie 2 Di MBO Space U8 Aktiviti Cuti Sekolah Raya Haji
“Boboiboy Movie 2 akan keluar 8.8.19 ni mama” , sejak dari awal tahun dok berzikir anak anak. Siapa cakap anak perempuan tak suka layan boboiboy. Arreessa & Maryam memang layan boboiboy dari awal. Masa Movie Boboiboy 1 kami siap p tengok di wayang 1st day tayangan lagi. Cuma kali ni lewat sikit dapat p tengok. kebetulan cuti raya haji, cuti sekolah. Jadi pakat la dengan adik beradik Ainul nak bawa anak anak tengok sekali. Lebih ramai lebih meriah kan
Maryam dan kezen dia Sofia. Semangat bangun pagi, bersiap sendiri . Jaket pun dia yang cari sendiri. Dia tau dia sensitif sikit dengan aircorn, tak tahan sejuk. Bila tau nak tengok wayang, dia dah ready dah apa nak bawa. Tapi tetap sejuk juga. terpaksa pinjam jaket babah. Rupanya dia demam hari tu. Balik dari wayang panas badan. 2hari demam. Bagi ubat, nutriferon cepat sembuh demam.
Kenapa MBO Space U8 ? Sebab dekat Shah Alam dan tak sesak, tak ramai orang. Asalnya nak p try tengok di Icity Mall tapi waktu tayangan tak sesuai dengan jadual kami. Kena plan sebab wayang ni mau 2 jam. Lambat sangat nanti kelam kabut nak solat pulak. Ada anak anak ramai ni kena fikir semua benda. time mereka ok, time mereka nak tidur.
Bawa Dahlia ok ke? Awal cerita dia menjerit juga sebab takut tengok bintang apa penguin kot. menjerit takut. puas pujuk. suruh tutup mata, kita tutupkan mata dia, dia tak mau. nak tengok. selepas scene tu dia ok. baru suku cerita Dahlia tidur. Tips bawa anak kecil macam Dahlia p wayang adalah sebelum masuk wayang bagi dia kenyang, penat. Dalam wayangkan sejuk. senang nak tidur. Masa dia baby lagi senang, Ainul masukkan dalam babywearing. Lagi senang dia tidur, dan tutup telinga dia dengan cover ssc. Apapun kena tengok anak kita macammana. Kalau dia tak selesa juga tak payah la bawa. atau pilih family friendly. kami asalnya nak ke wayang family friendly tapi timing dia tak sesuai. kelam kabut nanti nak solat. so tak mau kelam kabut kita pilih wayang biasa. Disebabkan cerita kanak kanak jadi kalau ada yang bising, lari, nanges tu orang ok je. nama pun budak budak. Lainlah ko bawa anak anak p tengok Star Wars, Avengers. Marahlah peminat fanatik dia
Adik beradik Ainul. 2 orang lagi tak dapat join. Seorang keje doktor tak boleh cuti. Seorang lagi belum kahwin dia pun tak minat Boboiboy jadi tugasan dia bawa mak jalan jalan shopping Ikea. So ni team mak mak anak anak excited nak tengok boboiboy
Best tak Boboiboy Movie 2 ni?
Kalau bab teknologi animasi ofcoslah terbaik. Memang dah taraf Hollywood. Tapi kita tak mau tengok teknologi sahaja kalau jalan cerita tak best. Dan bagi Ainul pengisian dalam cerita paling penting sebab ini cerita anak anak. baik jalan ceritanya anak anak akan ikut. Superhero kan. Macam kita kecik kecik suka tengok Sailormoon. nak posing pun ala ala Sailormoon. Jadi samalah anak kita pun. Sekarang semua nak jadi macam Boboiboy
Jalan cerita yang best. Cerita pasal persahabatan, pengorbanan, usaha usaha kalau nak berjaya. Tapi yang paling Ainul suka dan terkesan adalah apa bila Boboiboy dari 7 kuasa tinggal 2 je. Masa tu dia rasa lemah, dia rasa takde harapan dah nak menang. Sehinggalah hang Kasa tu cakap ” Aku kalahkan Retak’ka dengan kuasa 1 je ”
Jadi kat sini, kita nak berjaya kita tak perlu nak tunggu semuanya perfect. nak tunggu ada itu ini baru nak bermula. Kita bermula dengan apa yang kita ada. Kita kuat, hebat bukan pasal kena ada semua baru jadi hebat. Jadi memang hebat tapi ada kuasa berapa pun tetap hebat
Ada banyak lagi la. Bagaimana Boboiboy & Gopal cakap ” kami asyik gagal je ”
Nak ulas lebih lanjut tak best kalau korang tak tengok sendiri kan.
p la tengok. bawa anak anak sementara cuti sekolah ni kan.
Boboiboy Movie 2 BEST