Breastfeeding..penat la..

Baru-baru ada seorang sahabat mengadu kat ainul yang dia cuba nak full breastfeed anak dia tetapi dia cakap terpaksa jugak bagi FM sebab dia penat nak kena bangun pagi-pagi.

Ehmmmm….macammana tu ye??
Ainul takde la ppandai sangat ye bab-bab penyusuan bayi ini. Sekadar sedikit pengalaman menyusukan Arreessa selama 7 bulan lebih.
BF ni penat la…. ye memang ainul akui penat.Setiap 2 jm kena bangun nak susukan dia.Kekadang dah bagi susu pun baby still nanges.tak cukup susu ke??
Susu ibu sesuatu yang mudah dihadam oleh perut bayi.Perut bayi pun kecik je.sebesar sudu bak kata my friend yang kerjanyer doctor. Jadi bayi akan kerapla nak minum susu.lagi 1 bayi menangis bukan kerana lapar sahaja. maybe dia nak tidur, nak manja. macam-macam la.
baby ni akan kerap menyusu anggaran dalam 2jam sekali sepanjang dalam pantang je.dalam 3 bulan ke atas baby akan mula tidur lama pada waktu malam.suker pulak berjaga di waktu siang.
“saya mengantuk sangat la” so saya suruh mak bagi FM je.
Ini yang rata-rata saya dengar. Keputusan terletak pada tangan anda. kalau anda rasa betul-betul tekad nak full breastfeeding baby anda, berkorban la sikit.mula-mula memang la susah.Ainul siap pernah kena marah dengan mak sebab tak terjaga untuk susukan Arreessa. Itu kan anak kita.So apa salahnya berkorban sikit untuk memberikan yang terbaik buat si dia.
breastfeeding ni memang nampak senang, mudah …ye ianya bukanlah sesusah mana.yang penting SEMANGAT + ILMU perlu ada.kalau boleh niat & tekad betul nak full breastfeed baby sejak mengandung lagi.
Sesungguhnya ainul tak layak nak bercakap pasal penyusuan ni. baru 7bulan full breastfeed. ” dah berlagak mcm 10tahun menyusu”
Ainul sekadar berkongsi cerita sendiri + pengalaman kawan-kawan. Semoga rezeki yang ALLAH berikan akan berpanjangan sehingga Arreesssa 2tahun.Kalau lebih lagi lagi bagus.AMIN!!!
*kepada bakal ibu yang sememangnya niat untuk full breastfeed bayi anda, rajin-rajin la baca blog orang-orang yang dah berjaya full anak diaorg smpi 2thn.kalau ada FB, boleh join ” KUMPULAN IBU MENYUSUKAN” aka KIM…
kepada kawan-kawan yang masih lagi berjuang dalam penyusuan ini..TAHNIAH buat kalian.Mari kita teruskan USAHA “)

6 Replies to “Breastfeeding..penat la..”

  1. lain org lain pendapat kan?bagi hanie,bf la paling senang.nk pg mana² takyah susah bawak bekal.semuanya ready made :p then kalau tengah malam tu, tak yah bangun bancuh susu etc, sambil baring pun bleh kasi baby minum smpi kenyang.bab nk buat stock tu agak leceh esp for working mommies tapi semuanya berbaloi.khasiat susu ibu tak sama ngn mana² FM.susu ibu adalah susu yang terbaik.

  2. Akak rasa breastfeeding tu lagi senang dari kena bangun tengah malam bancuh susu, kena pegang pulak botol susu tu… kan ke lg leceh tu..

    BF boleh sambil baring sambil tido.. Lg best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge