Cabaran 30 hari Blogging Day 2 : Resepi Memikat Ibu Mertua

Entry semalam sepatutnya tapi Ainul tak berapa sihat. Maryam pun sama. Jadi sama -sama bed rest la kejap. Cabaran hari ke 2 dengan tajuk resepi. Resepi apa? Sejak masuk TV 9 hari tu, ramai sangat email, PM, whatsapp pasal masalah mereka dengan ibu mertua. Akak bukan la pakar motivasi ye tetapi resepi kali ini berdasarkan pengalaman diri sahaja. 

Apa resepi untuk memikat ibu mertua kita?

1. Komunikasi

Benda paling penting adalah komunikasi. Takkan tak pernah cakap dengan ibu mertua. Pendiam sangat pun kena la bercakap.  “Tak tahu la apa topik nak borak “. Tahu apa yang ibu mertua anda suka. Memasak, menjahit, berkebun.. tanya husband, tanya ipar duai. 

Macam ibu mertua ainul suka menulis, membaca. Menulis apa? Menulis puisi. Serius masa sebelum kawen asyik terfikir macam nak borak dengan mertua ni. hahahaaa..Ainul dulu aliran sains. bab bab sastera memang tak tau la. Nasib baik masa SPM dulu Subjek Bahasa Melayu ada Komsas. Tahu la sikit sikit. Sekali dalam buku Komsas ‘ KERUSI ” ada puisi ibu mertua. Ok ada topik nak bercerita. Ainul selalu tanya macammana nak buat puisi, ikut dia pergi persembahan baca puisi.Kita support dia

Apa yang saya cuba maksudkan disini adalah cari topik apa yang mertua kita suka buat. Dia suka memasak jadi kita cuba la tanya resepi memasak, tips memsak. Bila dia di dapur kita tanya la macammana masak itu ini sambil bantu dia didapur. walaupun rahsia memasak dia tu kita dah tahu , apa salahnya kita dengar sahaja. Jangan la kita ego ” ala benda ni aku pun tahu ” 

2. Jaga suami

Jaga, uruskan suami kita dengan baik. Mak mana tak suka bila tengok anak-anak dia makan, minum, pakaian terjaga. 

3. hadiah

Sekali sekala belikan la hadiah. Mahal ke murah janji ikhlas. Ibu mertua tak suka? Takpa bagi je. Suatu hari nanti dia akan suka. Yakin!! Like attracts like

4. Doa

Doa doa doa… Yakin la dengan power of doa. Setiap kali solat doa kesejahteraan ibu bapa kita, dan juga ibu bapa mertua kita. Redha ibu mertua akan mententukan syurga neraka untuk suami kita. Takkan kerana kita husband jadi anak dehaka. Kita pun ada anak dan bakal menjadi ibu mertua kan. 

5. Sabar

Segala usaha sudah dibuat. Tapi mertua masih tak suka je dekat kita. SABAR.. ALLAH senang UJI kita. Buat yang terbaik. Puji mertua depan sedara mara. 

Sayangi la mertua seperti kita sayang ibu bapa kita. Mereka adalah mertua kita selamanya.Semoga kita semua menjadi isteri, anak, menantu yang terbaik untuk suami, ibu bapa & mertua. 

saya & ibu mertua saya yang best, sporting dan banyak bagi tunjuk ajar.. thank you mama

2 Replies to “Cabaran 30 hari Blogging Day 2 : Resepi Memikat Ibu Mertua”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge