Cerita Hari Raya 2014
Sudah habis Aidilfitri baru nak update. Maaf la ye. Sibuk dengan urusan lain sehingga lupa nak share raya tahun ni. Best raya tahun ini sebab ada Maryam. Walaupun dalam pantang tapi raya tetap raya. Lagi best bila tahun ni dapat beraya di hari raya pertama dengan family Ainul dan family husband
Memandang kan tahun ni turn family husband jadi tema kaler baju adalah mengikut family husband. Baju pun tak sempat nak tempah jadi beli aje la tahun ni. Nak mencari kaler tema iaitu oren bukan main susah. Ada satu butik ni di SACC baju dah cantik, simple je .takde manik, kerawang apapun. Harga?? Pengsan.. RM300++ kot. Motip sangat mahal giler sebab brand butik. Baik beli baju Jovian je. harga lebih kurang sama. Last sekali Ainul beli baju kat Dreamika. Boleh la dari takde.
Sehari sebelum raya, proses gotong royong memasak dilakukan di rumah mertua Ainul. Pagi pagi kami dah ke sana. Rumah dekat je. 1 seksyen.hehe
Pagi pagi tolong mertua buat kuih gunting. Kuih ni memang feberet kami sekeluarga. Nak buat kena gunting kecik kecik dan goreng. Sebab tu nama kuih gunting kot