Gemuk Selepas Bersalin. cara Saya Kembalikan Berat Badan
LEPAS BERSALIN MESTI GEMUK
tak semua wanita bertuah selepas bersalin berat sentiasa maintain macam anak dara. Proses mengandung yang menyebabkan banyak perubahan tubuh badan yang ketara. Selepas bersalin pantang pun banyak mengelat. Bertungku ikut mood, malas pakai bengkung, makan tak jaga.
Makan ikut suka, ikut selera tekak dan nafsu. Alasan menyusukan anak.
Masa anak bawah 6 bulan mungkin ianya membantu bakar kalori masa menyusu. Jadi bila anak dah 1 tahun dah mula makan pun asyik guna alasan yang sama. Maka tak sedar berat makin membolat
Alasan malas nak ke gym, jogging adalah anak kecil. alasan demi alasan sampai anak dah 2-3 orang. dan berat badan semakin bertambah. umur muda lagi tapi rupa macam makcik 40tahun 😔😔😔
itulah saya dulu. tak percaya? tengok gambar saya di 2013. belum umur 30tahun , anak baru 1 tapi badan dah macam orang umur 40 tahun
Berat masa ni 63kg kot. lupa dah tapi yang pasti confirm 60kg ke atas
Bila anak dah 2-3 orang berat ada sikit susut. penat nak kejar anak kan. tapi berat paling rendah saya pernah dapat 56kg je. itu pun sekejap sebab terpregnant anak no 3
selepas anak ke 3 ni dan bersama sama suami tekad nak turunkan berat.
kami bermula Mei 2019 dan sekarang boleh sarung baju saiz s
Jangan jadikan alasan menyusu kita tak boleh nak turunkan berat, jangan jadikan anak kecil alasan kita tak boleh bersenam. saya berzumba sambil dukung anak tau. petang buat freeletics dengan Dahlia. saya buat squat dia pun buat sama.
Siapa wanita yang ada masalah nak turunkan berat selepas bersalin jom saya coach anda. jangan risau tak ganggu production susu sebab saya buat dan saya masih menyusukan anak.
Mari wanita kita buktikan wanita selepas berkahwin dan berumur 30tahun ke atas lebih cantik, hot , vogue
Kita nak cantik , sihat untuk siapa lagi kalau bukan untuk diri sendiri, suami & anak anak