Tauhu Bergedil Resepi Senang & Ini Versi Vegetarian Punya

Tauhu Bergedil Resepi Senang & Ini Versi Vegetarian Punya. Siapa suka tauhu bergedil? ni antara febret Ainul dan suami. kalau sekali makan 10 ketul sorang pun boleh. hehehe. Weekend hari tu husband request buatkan tauhu bergedil tapi nak sayur je takmau ada daging, ayam. Dia sejak misi kurus dia jarang makan ayam, daging. lebih banyak makan sayur. Jadi dia bagi cabaran buat tauhu bergedil sayur.

 

Bahan bahan untuk tauhu Bergedil

tauhu kering. ni Ainul beli kat NSK. ada yang besar dan ada yang kecil. Ainul suka yang kecil.

2biji telur

4biji kentang

1 batang carrot

1biji bawang merah

ketumbar

daun sup

10-20biji Cili padi

bawang putih

kicap

bawang goreng

 

Berapa banyak bahan ni korang agak agak la ye. nak lebih ke kurang.

Kentang tu rebus dulu sampai lembut. Ada yang goreng tapi kalau goreng tambah kalori. Jadi kita rebus je

lepas kentang dah lembut, leyek lenyek dengan sudu. masukan bawang merah hiris halus, lobak merah parut sebab tak mau terasa sangat bila makan. kalau korang nak potong pun boleh.

kemudian gaul rata. last sekali Ainul masukkan daun ketumbar, daun sup dan bawang goreng. gaul lagi bagi semua sebati mesra

potong tauhu kering tu. sumbat je aduan kentang

celup dengan telur dan goreng. senang gilerkan. cuma leceh nak sumbat satu satu. oh ya bila gunting, Ainul keluarkan isi tauhu masukan ke dalam adunan bergedil. jadi banyak la sikit ruag kosong dalam tauhu untuk disumbat dengan bergedil

Cara buat sambal kicap cara saya

goreng cili padi dan bawang putih dengan minyak sikit sampai layu. kemudian masukkan dalam blender. sebelum blend masukkan akar ketumbar sikit. bagi rasa kaw

kemudian masukkan kicap dan blend. kalau nak masukkan air sikit boleh. nanti dia cairkan . so selepas blend masak balik sambal kicap tu bagi pekat.

Tauhu Bergedil Resepi Senang & Ini Versi Vegetarian Punya

 

 

Telur tu untuk bagi bergedil tak terkeluar masa goreng. kalau taknak celup pun boleh. nanti tauhu jadi lebih garing la. ikut selera masing masing la ye . ini cara Ainul. kalau suka boleh la cuba. Apapun puas hati makan . Berbaloi masak sendiri kan

Oh ya mesti tertanya tanya garam takde ke?

Ainul memang tak masukkan garam, lada sulah ke lada hitam. kalau korang nak masukkan silakan. ini versi sihat sikit. hehhe

tapi bila cicah dengan sampal kicap tak rasa tawar pun. sebab ni tak masukkan garam.

Boleh tengok juga cara nak masak tauhu bergedil ni di youtube

 

 

selamat mencuba 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge