“kau kena jaga badan nanti laki tak cari lain” Statement klise orang kita kan.

“kau kena jaga badan nanti laki tak cari lain”

Statement klise orang kita kan.

Tapi jarang orang cakap

” Jagalah badan untuk anak anak. Kita sihat, anak anak pun sihat ”

Ainul ada kenal seseorang ni. Dia ada anak hyperaktif. Jadi dia pun run, fit kan badan sebab dia cakap dia pun kena aktif nak kejar anak ke sana sini

Anak anak pasti semua aktif , lasak, suka mencuba itu ini.

Ada juga anak yang supermanja yang nak kena dukung je.

Jadi kita mak mak kena jaga badan supaya sihat untuk anak anak

Ni nak kejar anak dah semput, nak main dengan anak penat, sakit lutut, kita kerap sakit

Dan ibu bapa cerminan anak anak. Bukan sekadar amal ibadah tapi juga pemakanan

Mak ayah suka makan jajan, fast food tak mustahil itu juga anak anak suka makan

Mak ayah jaga makan, suka bersenam bersukan. Anak anak akan nampak kita idola mereka.

Aku nak cantik,sihat macam mama babah

Jarang kita nak cakap ” nak gemuk, nak ada kencing manis macam mak ayah tua nanti ”

Nak sihat bermula dari kita.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge