5 Tahun Bekerja Dari Rumah. Tak Boring ke?

5 Tahun Bekerja Dari Rumah. Tak Boring ke?

Assalamualaikum & Selamat Pagi. Syukur Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik dan urusan yang sentiasa dipermudahkan oleh ALLAH. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya suka duka bekerja dari rumah. pejam celik dah 5 tahun bekerja dari rumah. Tak mudah, tak senang dan tak sukar juga. Hah ? Macammana tu?

Bekerja dari rumah ni bukan surirumah sepenuh masa tau. Kita bekerja cuma opis kita di rumah atau di mana mana. Disiplin tinggi kena ada kalau tak kita akan hanyut dengan sikap surirumah. Surirumah bukan tak bagus tapi surirumah buat kerja kerja hal rumah tangga. Bekerja dari rumah kena meletakkan diri kita bekerja, pekerja, kita bos dan kalau tak urus masa dengan baik banyak kerja tak jalan

Saya ada baca artikel ni mengenai 5 sebab surirumah jadi sunyi. jadi saya nak compare kan dengan bekerja dengan rumah. tak sama tau.

1. RASA LETIH & KURANG DIHARGAI

Bekerja sepenuh masa , suri rumah ke penat tetap penat. Wanita bekerja juga akan menjadi surirumah bila balik ke rumah kan. Uruskan hal hal rumah. Sama juga wanita bekerja dari rumah. Saya tetap uruskan hal rumah seperti kemas rumah, masak, basuh baju dan masa yang sama saya uruskan hal business. Sebab inilah pengurusan masa, disiplin kena ada. Kalau tak semua ke laut. Dan kita pun jangan lah nak tunjuk supewomen sangat. Kan boleh upah daily maid kemas rumah. Masak tu boleh je order panda food atau makan kat luar. Kalau masak pun kita siapkan apa nak masak, bahan semua. Yang penting jangan cerewet nak lauk 10 jenis. Ingat kita bekerja dan kita kena utamakan apa yang penting.

dan kita letih kalau asyik duduk dalam rumah je. Best bekerja sendiri kita boleh buat kerja di mana mana. p la cafe, Starbucks ke. tempat best akan bagi aura best pada kita juga

Sesekali kita staycation check in Hotel. Anak anak happy dan kita pun ada mood best nak buat kerja dan holiday. ni staycation kami di St Regis 

Kurang Dihargai oleh siapa? Suami?

Bab ni kita kena cakaplah dengan suami ye. Kalau diam memang la dia tak tau. Apa yang Ainul suka business ni adalah kita akan dihargai dengan 1 majlis special bila kita capai target . So takdelah bab tak dihargai melain kita yang malas tak capai target. So macammana nak diraikan. ingat nak reward kena usaha kuat.

Suami bila faham dan sama sama dalam business dengan kita dia akan tau apa kesusahan kita. Kenapa dia tak hargai sebab kita tak meletakkan dia kapten nakhoda business kita.

 

Dan bila bust business ni dapat pulak Honeymoon free. Kenapa tak grab kan.  Kenapa kita rasa tak dihargai? Sebab kita tak grab peluang yang ada.

 

2. LOST CONTACT DENGAN KAWAN

Bekerja dari rumah ye kita takdelah kawan opis meja sebelah tapi hari hari saya jumpa kawan kawan dalam business. Bila kita dah set kita bekerja dan kita akan sentiasa happy p kerja dan jumpa orang

tak sempat nak boring sebab jadual pack giler sebenarnya. Lagi bila anak dah sekolah. Jadual penuh dengan hal anak sekolah, aktiviti business. Bestkan beekrja dari rumah ni. Kenapa memilih nak jadi boring kalau kita boleh jadi happy dengan circle yang best

Kalau takde apa apa aktivti business pada hari biasa, Ainul kadang kadang p tengok wayang, p spa. Buat apa yang kita suka. Bekerja sendiri kita ada flexible time. Kita boleh adjust masa kita apa nak buat.

 

3. TER’PERUK’ DI RUMAH SETIAP HARI

Anak Ainul ada 3 orang. 2 orang dah p sekolah. tinggal Dahlia je yang Ainul akan bawa dia ke mana mana. Sebabkan dia dah biasa dari dalam perut mama dia bekerja sendiri jadi dia dah biasa ikut mama bekerja

 

 

lagipun business ni mesra anak anak. takdelah kena duduk tengah panas ke, kena berenang ke. Ainul buat bersama anak anak. Makin mereka besar mereka pun sangat membantu. tolong cod, tolong tukang ambil gambar. Business ni pun untuk mereka juga suatu hari nanti

Mereka pun bekerja jadi model mama. Upah iskrem nanti

 

4. BILA TINGGALKAN ANAK, RINDU PULAK!

Tak perlu tinggalkan anak. kita ada pilihan untuk bekerja ada income sama atau lebih dari makan gaji dan masa yang sama boleh jaga anak anak kenapa tak pilih. Kita kena pilih kehidupan kita.

 

5. NERVOUS NAK HADAPI DUNIA LUAR

5 tahun saya tinggalkan dunia perkerjaan professional sebagai engineer dan menjadi seorang businesswomen.  Saya bangga sebab ini career . Kita dah penat belajar kenapa nak memilih jadi seseorang yang seolah tiada pilihan. Saya resign  jadi engineer bukan untuk jadi surirumah tapi masih wanita bekerja ada career. Saya tetap nak bangga kan mak ayah saya. Sebab mereka orang yang berjaya dalam career. Saya pun nak jadi macam mereka . Jadi pilih lah jadi orang yang hebat juga . Kalau kita memilih untuk jadi surirumah please jadi surirumah yang hebat. Jangan sedih, jangan kecewa sebab itu pilihan kita. Bangga dan jadi yang terbaik dengan apa yang kita pilih

kenapa kita nervous nak jumpa kawan kawan sebab kita yang meletakkan diri kita tak de apa apa . aku surirumah je. Sedangkan ramai orang nak jadi macam u. jadi surirumah yang kaya, berjaya. kalau memilih bekerja dari rumah jadi wanita bekerja dari rumah yang berjaya. Buat mak ayah kita bangga dengan kita. anak anak pun bangga dengan kita. dan kita bangga dengan diri sendiri. Siapa nak yakinkan diri kita kalau bukan kita sendiri

 

 

BUSINESS OPPORTUNITY ENTREPRENEURSHIP PROGRAM

** anda mencari side income/ main income yang menggunakan sosial media seperti facebook, blog, instagram
** anda mahu memulakan business tapi tiada idea dan bimbingan
** surirumah yang mahu bekerja di rumah dan menjana pendapatan LUMAYAN
** Pekerja yang mahu income tambahan
** student Universiti yang mahu tambah pendapatan tanpa mengeluarkan modal yang banyak dan tidak mengganggu pelajaran
** mereka yang mahu berbusiness tetapi tiada modal besar

www.wasap.my/60133612717/BUSINESS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge