Gemuk Selepas Kahwin. Ini Kisah Kami Dulu Gemuk Bersama

Gemuk Selepas Kahwin. Ini Kisah Kami Dulu Gemuk Bersama

Ala!! Siapa lah gemuk selepas kahwin tu. Bahagia kan. Ada isteri masak sedap jaga makan minum. Ada suami pandai jaga isteri bawa makan sedap sedap di tempat viral yang glemer. Biaskan kita dengar. Normal ke gemuk selepas kahwin ni?

Kajian yang dikeluarkan oleh Obesity pada tahun 2012 menemui, pasangan yang berkahwin lebih dari dua tahun atau lebih akan berisiko untuk naik berat badan berbanding orang bujang.
Menurut kajian ini lagi, berat badan wanita yang berkahwin pada usia 20-an naik sebanyak 10 kg dalam masa 5 tahun perkahwinan, manakala lelaki pula naik 15 kg. ~info

haha korang selepas berkahwin dah naik berapa kilo?

ini kami zaman belajar engineering di UTM dulu. 1 fakulti tempat dating di CP hehehe. budak UTM zaman kami mesti tau CP tu apa. sekarang tak wujud dah CP tu. dan kebanyakkan kami jalan kaki. ke kelas, ke library. nak tunggu bas bukan sentiasa ada. dan UTM ni banyak bukit. sebab tu berat badan boleh maintain lagi.

Kami zaman berkahwin. masa ni dah mula bekerja. dan ada gaji sendiri. maka bila kerja ada gaji ni hobby confem la makan sedap kan. Setiap minggu Midvalley tu wajib p . setiap hari Jumaat makan di tempat best dengan kawan opis. Berat dah mula naik tapi tak ketara sangat

dan bila memasuki dunia perkahwinan dengan dua dua kami jenis suka makan. bebanan kerja yang stress penat, balik rumah lewat malam jadi jadual makan pun terabur. makan pun tak jaga. makan apa sahaja yang sedap tanpa kita berkhasiat ke tak

inilah kami selepas dah beberapa tahun kawen, dah ada anak. tadaaaa

Gemuk Selepas Kahwin

 

Gemuk Selepas Kahwin

Gemuk Selepas Kahwin

 

Kenapa Kita Gemuk Selepas Kahwin?

tidak dinafikan berat naik selepas berkahwin tu ramai yang mengalaminya. cuma bagaimana kita nak kawal supaya tak melampui batas sampai penyakit pulak datang. ye umur makin bertambah bukan bermakna berat badan, body age juga kena bertambah.

1.Buat aktiviti bersama

buat aktiviti fizikal brsama tu bagus la. membantu lebih sihat. ni masalahnya aktiviti makan makan makan tu yang lebih banyak dari aktiviti sihat. Tabiat makan depan tv, suka makan jajan. Mungkin masa bujang suka juga tapi bila dah kawen ehhh makin berganda suka. yelah dah ada geng nak makan benda sedap ni. Ada yang gigih laki bini keluar tengah malam nak mencari makanan viral. Ada yang masa bujang tak suka sangat makan maggi. Bila dah kawen dapat pasangan suka makan. lama lama boleh terpengaruh tau. sama juga tabiat lain maam makan tengah malam, suka makan jajan sambil tengok tv

2. Taknak Membazir

Suami Ainul maam ni la. Bila Ainul atau anak anak tak habis, dia akan tolong habiskan. Alasan jangan membazir. lagi bila kat kedai makan. Anak anak pulak masa order kemain maam lapar ya amat. Bila makan seciput dah kenyang. jadi mak ayah juga kena habiskan.

3. Nak bahagiakan pasangan

bila dah berkahwin, kita si isteri akan sentiasa nak masak sedap sedap untuk suami anak anak kan. Menu masak ni dah ikut tekak suami anak anak je nak makan apa. suami pulak bila isteri dah penat masak tu kenalah makan besungguh kan. kenalah ambil hati. penat tau masak. lagi dapat isteri yang memang pandai masak, sedap pulak tu. mau berat tak naik berkilo kilo selepas berkahwin? hehehe

4. Gaduh je makan

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. bergaduh tu biasa lah kan. takde pasangan suami isteri tak gaduh. itulah rahsia perkahwinan pun hehee.. gaduh manja balik gaduh lagi. dan bila gaduh tu mood tak baik keje nya makan makan je la. dan masa ni nak makan benda manis la sedap untuk healing. aiskrim, coklat, kek hah tu la yang sedap dan makan makan tanpa bersalah . makan lepas tu tido. gabungan terbaik dan berat pun syiokkk nak menambah huhu

5. Mengandung

Bila isteri mengandung mengidam makan macam macam, suami pun kenalah la bawa dan suami pun sekali la makannya. Bab mengidam ni jarang wanita mengandung mengidam nak makan sayur hijau, buah buahan je. mesti benda benda yang lebih sedap kan. Lagi yang jenis alahan teruk. boleh makan makanan tu je. maka setiap harilah makan.

Gemuk selepas Kahwin. Boleh ke Kurus Balik?

Makin berusia ye metabolisme badan makin menurun. dan makin susah nak turun berat. Alasan ” dah tuaaaa ” . sebenarnya boleh tau kurus kembali. ye kami pun berjaya kuruskan balik selepas 9 tahun berkahwin, anak 3 orang, usia 35 tahun

ianya tak senang tapi tak mustahil. Malah sekarang ada kawan tegur ” ehhh bini baru ke ni? ”

 

 

 

 

kita adalah cermin, contoh pada anak anak. Kalau kita pun tak jaga makan, tak jaga kesihatan, mana anak anak nak belajar? kita yang ajar mereka kan. Jadi kami nak jadi ontoh pada anak anak. Kami anak membesar biar kita nampak macam kawan kawan. Lagi anak remaja. dah pandai nak melawa. melaram. Kitalah contoh mereka. dan paling penting nak sihat. siapa nak jaga anak anak kalau kita sakit. Jadi kuruskan badan sebab nak sihat. cantik, awet muda tu bonus. Diet yang betul kulit akan makin muda. kalau makin nampak tua tu check la balik diet kita tu.

Jadi boleh la ye Kurus kembali Selepas Gemuk Selepas Kahwin?

kalau kami boleh korang juga pasti boleh. Lagi yang masih muda tu. Bermula la awal. Penyakit sekarang datang tanpa kira usia. Orang muda 20an pun ramai dah kena darah tinggi, kencing manis, sakit jantung. Yang dah berumur 40an tu lagilah ye.

 

Nak follow cara kami kurus dengan enjoy makan nasi , sambal belacan lauk sedap sedap boleh follow kami di FB Jurnalkurusjoelabu

kita nak kurus boleh pasal dimomokkan dengan gemuk nanti suami cari lain. tu sangat subjektif ye. Ada yang cantik pun suami cari lain. Tapi at least kita cantik sihat suami cari lain , kita pun masih hot di pasaran hehehe. buat pasal kita sayang diri kita. Badan kita juga amanah ALLAH yang kita kena jaga. Allah jadikan kita sebaik kejadian. kita tak jaga rosakkan badan sendiri. yang merana kita juga. Love yourself okay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge