Kata Kata Motivasi Untuk Ibu BurnOut

Kata Kata Motivasi Untuk Ibu BurnOut

perjalanan menjadi seorang ibu sangat la mencabar. nampak mudah senang tapi hakikatnya mereka yang bergelar ibu sahaja faham struggle setiap saat bila bergelar ibu. Ada masa emosi kita terganggu, ada fasa kecewa, penat, rasa jadi ibu yang gagal.  Macammana nak kembalikan semangat? apa kata kata motivasi untuk ibu burnout ni?

Apa itu Burnout?

Kata Kata Motivasi Untuk Ibu BurnOut

Ibu bapa di luar sana pernah tak sedetik waktu anda merasa penat dan berasa sukar ketika membesarkan anak-anak? Sedarkah anda itu merupakan apa yang dikenali sebagai ‘parental burnout’.

Petikan Harian Metro pada 2021 pernah menyatakan, Pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkata, ‘burnout’ dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.

APAKAH TANDA BURNOUT?

  • Hilang/berkurang rasa kasih sayang pada anak.
  • Mula datang fikiran yang kita bukan ibu/ayah yang baik.
  • Selalu bad mood/mudah marah.
  • Selalu kelesuan/penat.
  • Kesihatan merosot.
  • Rasa sunyi/sendirian.

SIAPAKAH YANG BERISIKO?

  • Mereka yang kurang sokongan.
  • Mengalami masalah kewangan.
  • Ibu/ayah yang masih muda.
  • Anak yang masih kecil.
  • Anak ada masalah kesihatan/perkembangan.
  • Pernah ada sejarah masalah kesihatan mental.
  • Perfectionist.
  • Sukar berkongsi/minta sokongan

Kata Kata Motivasi Untuk Ibu BurnOut

ada pelbagai petua , tips untuk masalah ni. tapi sebenarnya paling penting adalah kita kena jaga kesihatan emosi kita sendiri. sayangi diri kita sendiri dulu. hari ni saya nak berkongsikan kata kata motivasi untuk ibu ibu

Antara cara kebiasaan wanita untuk menghilangkan penat adalah bercuti dan juga ke spa untuk melegakan dan merehatkan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah mengajar cara untuk menghilangkan penat melalui amalan zikir atau tasbih Fatimah yang telah diajarkan sendiri oleh Rasulullah kepada puteri baginda Saiditina Fatimah r.a.

Kisahnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda;

“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada wanita, isteri dan ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali

1) Taat Suami Menyamai Pahala Jihad

Bersabda Rasulullah saw: “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya.”

(HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

2) Ganjaran Bagi Wanita Yang Hamil, Melahirkan dan Menyusukan Anak

Rasulullah saw bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah;

dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala.

Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak adalah satu pengorbanan besar seorang wanita yang bergelar ibu. Fasa ini memang melelahkan. Namun, Allah swt Maha Mengetahui segala keletihan yang kita alami. Maka, sebagai wanita, kita belajarlah untuk redha. Redhanya hati kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak-anak akan dibalas dengan ganjaran yang sangat besar di akhirat nanti.

3) Pilihlah Syurga Mana Yang Kamu Suka

Rasulullah bersabda, “Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)

4) Redha Suami ‘Kunci’ Syurga

Nabi saw bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga.” (HR At-Tirmidzi)

5) Ciri-ciri Wanita Terbaik

Nabi saw ketika Baginda ditanya: “Bagaimana wanita terbaik itu?”. Baginda menjawab, “Wanita terbaik itu ialah yang menyenangkan bila dipandang suaminya dan menurut bila disuruh, serta tidak mengkhianatinya, baik dalam menjaga dirinya sendiri atau harta suaminya yang sangat tidak disukainya”. (HR Abu Dawud dan Nasa’i).

info

Kata Kata Motivasi Untuk Ibu Hebat

“There is no way to be a perfect mother, but a million ways to be a good one.” –Jill Churchill

saya juga ibu 3 orang yang juga pernah ada masalah burnout. ada masa stress, penat, down. macam macam la perasaan ada. Jadi sekali sekala saya akan ke salon, spa, keluar dengan kawan adik beradik , we time dengan suami untuk bantu released kan stress saya

Kata Kata Motivasi Untuk Teruskan Hidup Dengan Gembira

“To all mothers in every circumstance, including those who struggle, I say, ‘Be peaceful. Believe in God and yourself. You are doing better than you think you are.’Jeffrey R. Holland

Hiduplah dengan nafas baru yang tak pernah putus asa, seperti bayi kecil yang tak putus asa jatuh bangun.

Kata Kata Motivasi sahaja cukup ke?

mestilah bukan sekadar kata kata . sokongan orang sekeliling juga penting. Apapun kita sebagai manusia biasa ada limit, ada had. jangan terlalu memaksa diri. enjoy kehidupanmu dan love yourself

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge