Happy Maryam & Zulaikha
Pejam celik pejam celik sudah 10 bulan usia Ariana Maryam. Kenapa la cepat sangat masa berlalu. rindu maryam dan arreessa zaman kecik kecik. Tu la orang cakap masa tak boleh dibeli. Yang lepas akan terlepas begitu sahaja. walaupun 24jam 7 hari dengan Maryam tapi still rasa tak puas. Dulu bekerja siang, malam je dengan Arreessa lagi la rindu masa dia kecik. Takpalah benda lepas tak boleh diulang kembali. Yang penting sekarang sentiasa ada dengan mereka.
Ramai kawan , sedara mara tanya Ainul tak menyesal ke berhenti kerja. Menyesal..Menyesal sangat tak berhenti awal. hehhe..
Time freedom yang mengatasi segalanya. Best wooo hari isnin orang sibuk monday blues..bergelut nak p kerja..Ainul masih lagi golek golek dengan maryam.hehe
Kakak pergi sekolah Maryam memang melekap je la kat mama. Alhamdulillah Maryam pandai main, tengok tv sendiri. Sempat la mama buat kerja sikit.
Kakak balik ada la geng bermain. Happy melihat mereka happy bermain. Siang malam main je keje nyer. Rumah bersepah tu biasa la. Nama pun kanak kanak kan. Bila diaorg dah tido baru la boleh kemas
Main cikgu cikgu… Kakak cikgu dan maryam student. Cikgu garang ya amat.. sabo je la maryam ye