Hotel Best Di Port Dickson & Aktiviti Wajib Korang Buat Kalau Ke Port Dickson

Hotel Best Di Port Dickson & Aktiviti Wajib Korang Buat Kalau Ke Port Dickson
Port Dickson sememangnya tempat kegemaran semua terutama mereka yang tinggal di Lembah Klang. Port Dickson dengan KL ni takde la jauh sangat dan sesuai la untuk bawa keluarga pergi bercuti bila ada cuti pendek. 

Bila sebut Port Dickson terbayang pantai pantai nya yang bersih dan best. Ada banyak pantai kat PD ni. Pantai Blue Lagoon, Pantai Teluk Kemang, Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana, dan banyak lagi.

ASB Gateway kitaorang kat Blue Lagoon hari tu.. 

Kalau pergi PD ada pantai je ke? Sebenarnya banyak lagi tempat best. Kat Port Dickson ada Kompleks Muzium Negeri, Muzium Tentera, Kota dan Muzium Lukut. Sesuai bawa anak anak pergi.

Di Muzium ni kita boleh tengok suasana malam di pelabuhan Melaka dan penjelajahan terowong bawah tanah Parti Komunis Malaya. Menarik kan. Kita selalu dengar je kisah perang zaman dulu. 

Bila datang ke sini boleh tengok senjata, peralatan yang tentera zaman dulu guna.

Kalau korang nak pergi berkunjung tempat menarik yang lain daripada yang lain, korang boleh la try berkunjung ke Alive 3D Art Galeri, di sini terdapat berbagai jenis lukisan mural 3D, which is korang boleh Nampak lukisan yand dipamerkan seakan-akan timbul, memang cantik dan sesuai untuk korang yang gemarkan kesenian serta bergambar! 
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang lasak, seperti menaiki ATV, flying fox, berkayak, paintball dan rock climbing, korang boleh melakukan aktiviti-aktiviti ni di Extreme Park, Port Dickson yang terletak di Palm Spring Resort berhadapan dengan Tiara Beach.
datang melancong ke Port Dickson sehari menang tak cukup. banyak aktiviti yang boleh kita buatkan. Jadi kena la bermalam 1-2 malam. Baru la berbaloi percutian kita. 
Di Port Dickson terlalu banyak hotel. dan antara 3 Hotel paling best korang boleh ke 

1. Akar Beach Resort

Akar Beach Resort memang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai, sangat sesuai lah bagi korang yang inginkan penginapan berlatar belakangkan laut Selat Melaka.
Harga hotel pun sangat la berpatutan. Ada kolam renang walaupun dekat je dengan pantai. Ada banyak pilihan bilik Standard room, Superior room, Deluxe dan family room dengan harga yang berpatutan

2. Avillion Admiral Cove

Selalu keliru apa beza Hotel Avillion Port Dickson dengan Avillion Admiral Cove ni. Rupanya Avillion Admiral Cove berkonsepkan marina resort, which its offers an amazing surrounding and ambient towards their customers. 
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu View Wing dan Vista Wing. Bagi mereka yang ingin berlatar belakangkan laut serta marina bay, anda boleh memilih View wing yang menawarkan tiga jenis bilik iaitu Superior, Panorama, dan Straits Studio. 
Untuk mereka yang memilih Vista wing, ada tiga jenis bilik juga iaitu Deluxe, Premium dan Executive Studio. Apa pun pilihan korang, yang penting ianya pasti tidak akan mengecewakan korang sekeluarga.


3.Grand Lexis, Port Dickson

Hotel pilihan ramai . Resort bertaraf lima bintang ini memang sangat famous dengan private swimming pool. Mana tidaknya, setiap villa yang didirikan mempunyai swimming poolnya yang tersendiri. Jadi memang tidak hairan lah jika ramai yang sanggup berbayar lebih untuk menginap di Villa Grand Lexis ni. 

Dengan villa yang berkonsepkan Bali, serta layanan yang eksklusif, ianya pasti akan membuatkan penginapan korang menjadi satu memori yang sangat berharga dan pasti tidak akan dapat dilupakan

Terujakan …rasa nak terus packing pergi bercuti ke Port Dickson sekarang. Sebelum tu, nak share satu benda dengan korang, kalau korang belum booking hotel, korang boleh try tempah hotel kat website traveloka.com, kat situ bukan sahaja boleh tempah hotel tau, tempah tiket flight pon boleh. So, apa tunggu lagi? Jom book cheap port dickson hotels on traveloka sekarang guys!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge