Berbuka Puasa Makanan Thai Di Ramadan Buffet 2017 .Harga Murah RM39.90 je tau

Berbuka Puasa Makanan Thai Di Ramadan Buffet 2017 .Harga Murah RM39.90 je tau
2 minggu lagi Ramadan akan tiba. Excited kan. Terbayang bayang makanan di bazaar Ramadan. yumyummm.. Selain bazaar Ramadan , buffet Ramadan antara benda yang kita nantikan bila tiba bulan puasa.

Bila semua restoran, hotel buat buffet Ramadan , kita meti susah nak pilih mana satu yang BEST punya. Bukan takat best malah murah berbaloi, pilihan makanan pun banyak. Ada 1 restorant thai ni yang makanan di sedap dan buffet ramadan dia pun murah tau. Buffet ramadan hanya rm39.90 per person kalau korang order 7 hari awal. murah kannn.. mana nak dapat

Restoran Street Thai ni terletak di The School dekat UIA PJ. Dekat la sangat untuk orang Universiti Malaya, TM, TNB untuk berbuka puasa. Konsep restoran dia pun santai. luas dan selesa.

Selalu time berbuka puasa ni, surau antara benda kita paling concern kan. Jangan risau sebab dalam The School tu ada surau yang besar. Dalam bangunan tu jugak.

Buffet Ramadan kat Street Thai ni memang 100% makanan thai la kan. Siapa yang tak suka makanan thai. Terbayang bayang tomyam kan. Sedapnya berbuka puasa dengan tomyam thai yang original. Buffet Ramadan di Street thai ni yang best pilihan makanan dia banyak. Rambang mata , dan perut mana satu nak makan.hihihi

banyak lagi menu dia. dessert pun ada. banyak sangat. apapun tomyam santan dia memang sedap. tak pedas sangat. Anak anak pun suka. bertambah tambah hirup tomyam

Price:
Promotion Start booking 7 days in Advance: RM39.90++
Normal Price : RM49.90++ (Children 6 to 12 RM 19.90++)

Time:
Every day : 7 PM-9:30 PM

STREAT THAI DETAILS:

ADDRESS:
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia

Social Media
www.facebook.com/streatthai
www.instagram.com/streatthai
www.eatatstreat.com

Reservations:
+603-7496-1297

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge