Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat 2017 & Menang Hadiah RM400

Sebut sahaja Pensonic , kita mesti akan terbayangkan peralatan elektrik yang banyak membantu kerja kerja di dapur menjadi lebih mudah dan makan lebih sedap berkhasiat. Dan kita mesti teringat kan rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic ” Yang setiap tahun pasti ada. Pejam celik rupanya tahun 2017 ini dah masuk tahun ke 4 tau.
Taknak belajar memasak dan berjumpa Chef Ismail yang sangat peramah? Malah korang berpeluang menang hadiah Pensonic bernilai RM400.. wow!!
Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat (2017) Pensonic yang akan diadakan daripada bulan April hingga Julai 2017 menonjolkan konsep yang berbeza sedikit kerana kempen ini memberi ganjaran kepada para pengguna yang telah menyokong peniaga-peniaga sehingga kini.
Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):
• Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
• CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
• Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
• HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
• AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
• Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
• Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
• Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
• Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
• senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).
Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017).
Tonton & Menang hadiah lagi !! Wah best sangat ni kannn
Tahun ini rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” . Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang.
Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia.
Rancangan kali ni akan membawa kita ke 7 Restoran dengan masakan berbeza. jadi bulan Ramadan ni boleh belajar cara memasak Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India.
Ainul sendiri salah seorang pemenang dan telah belajar masak makanan Jepun. Sesi shooting rancangan memasak bersama Chef Mail
Penonton di rumah yang menonton rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucar restoran dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” di halaman Facebook Pensonic.