Jalan Jalan Raya Ke Selatan Johor Bharu

Jalan Jalan Raya Ke Selatan Johor Bharu

Raya sampai ke Johor. hehe.. Kebetulan ada kenduri sedara di JB di raya ke 7 maka alang alang tu pun jalan jalan raya

Destinasi pertama kami adalah Tangkak. Geng bff Shaklee Ainul. Rumah wajib singgah kalau nak ke selatan tu.

Sampai je Tangkak time makan tengah hari.. Adoii dah la Nurul masak Nasi Jagung, Ayam masak Merah. Sedappp

Time raya takde makna nya ko nak diet makan. enjoy the food. hehe

Tapi jangan sampai lupa diri. Cepat cepat telan cholesterol blocker. Kasi blocked dulu.hehe

Malam sila makan Herb lax kasi nyahkan lelemaks degil sebelum ianya bermaharajalela dalam usus.

Inilah rahsia akak berat turun 2kg walaupun seminggu dua lepas raya. hehe

 

bila jumpa kami ni tak sah tak membawang hihi.. Dahlia dah kenapa tu? Dia pun tau posisi gini kena pose untuk ambil gambar.

 

Settle raya Tangkak , kami meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi.  Hujan lebat betul time tu. Dalam perjalanan ke Kota Tinggi tetiba husband cakap ” Jom kita ke Kluang nak? Jumpa kawan dia ”

Iolss layan je..

Kawan Husband dari zaman matrikulasi. Walaupun Universiti berbeza tapi still contact. Husband cakap selalu je nampak di FB tak sihat kawannya. Jadi kita dah alang alang di kawasan sini, singgah la ziarah

 

Bila dah jumpa geng gini la. Dahlia gelak je tengok babah dengan pakcik ni bergambar.

Dari Kluang kami gerak ke Kota Tinggi. Adoi google maps bagi jalan lalu kawasan kelapa sawit, dan gelap. Memang mencabar. Lori pun banyak.

Sampai Kota Tinggi check in hotel, mandi baru gerak ke rumah kawan . kesian tuan rumah menunggu. Tuan rumah masak pehhh special betul. dah macam kat restoran Thai. Makanan semua sedappp

 


Terima kasih Buk siti. Sampai lewat malam melayan kami. Makanan sedap dan special. yummyy

Esok pagi pagi kami ke Desaru. 4 tahun kat UTM dulu tak pernah jejak pun ke Desaru.  Sebut Desaru mesti ingat pantai je

Sampai je kawasan pantai kena bayar RM6. eh mahalnya. ok takpa bayar je

Bila masuk wow! sangat bersih pantai dia. toilet free. dan paling penting toilet bersih. Tau dah kenapa perlu bayar mahal kalau nak masuk. baru la yang masuk tahu nilai nak menjaga.

Selalu p masuk free, toilet bayar 50 sen tapi kotornya ishhh

 

Cantikkkan pantai dia. bersih je. Ni memang dari camera husband ye. bukan dari google. Cuma di sini sangat panas. nak mandi pun mau tebako. Kami main main pasir je. Pukul 10pagi pun dah panas.huhu

Dari Desaru kami ke Pulai Perdana pulak . Raya rumah kawan geng Shaklee. Konon nak p rumah kawan kawan geng UTM dulu. Semua balik kampung. yelah still dalam cuti raya, cuti sekolah.

Habis beraya di Pulai Perdana, check in hotel. kami Check in di Puteri Pan Pacific. Cadangnya nak makan makan di tempat dating zaman study dulu di Plaza Kotaraya. Sedap makan di foodcourt dia. Jadi cari hotel yang dekat.

Ok Hotel dia tak mahal sangat dan selesa. cuma breaskfast dia tak best sangat. Tak payah pilihan bagi Ainul. Biasa biasa je. Ingat raya tak ramai orang. Penuh tau. Nasib baik dah book thru Agoda.

Tak lengkap p hotel tak mandi kolam. Muka budak tak puas hati sebab tak boleh mandi kolam. hehe

Habis mandi kolam , kami jalan ke Plaza Kotaraya. dari hotel ada access terus ke sana. Senang kan. bertahun tak ke Plaza Kotaraya. Nama pun dah tukar ke Galleria @ Kotaraya.

kami punya la mencari di atas food court eh dah takde. ada UTC ni . eh mana food court ni. Rupaya di bawah sekali. dan totally dah berubah. ia makin cantik, moden tapi dah takde kedai yang jual sup tulang sodappp.huhu

Perut dah lapar mandi kolam. ehhh mama tengok korang mandi kolam pun penat tau. Tapi tetap rindu food court lama di plaza Kotaraya. memang old skool, agak sempit, tapi makanan sedap. sate, sup tulang, rojak, tauhu bakar. rindunyaaa

Esoknya Sabtu barulah p kenduri sedara di kampung Majidi. Asalnya nak p kenduri tapi dah jalan sakan dah.hehe

Lelaki baju hijau tu adik Ainul. Ada muka sama? hehe. Perempuan tu adik ipar. Adik dia yang kawen. Ainul wakilkan parents yang tak dapat hadir. datang awal jadi belum ramai orang lagi.

Dari makan kenduri , kami ke Rengit pulak. Ziarah sepupu husband yang baru pindah, buat rumah di sana.

Seronok tengok orang buat rumah atas tanah lot. Boleh design sendiri rumah nak macammana. InsyaALLAH impian nak rumah banglo design sendiri. hihihi

Dari Rengit kami ke Batu Pahat . Raya Ziarah rumah kawan di UTM dulu. Sebelum sampai ke rumah kawan, sempat singgah ke Pantai Minyakk Beku. 1st time dengar nama pantai ni tau. Rupanya di sinilah kita boleh naik feri untuk ke Indonesia.

Mulanya husband cite pasal kawan dia ni. Kami 1 fakulti tapi major course lain lain. ishh tak ingat la. Tengok gambar pun dah lupa. lagi lagi budak lelaki. Kalau ambil engineering lelaki punya la ramai. mana ingat semua.

Sampai je rumah, kawan ni sambut dan bila Ainul keluar dari kereta dia cakap ” eh Ainul lama tak jumpa” Adoii dia kenal aku ke? ke kenal sebab wife kawan dia.

Bila dah masuk borak borak.. adoi baru la sel sel otak berhubung. Adoi kenal la sangat. walaupun major course lain tapi kami sama sama scholar dan keje 1 company yang sama pun. Cuma dia di cawangan Batu Pahat

 

Ginilah feel nya bila dah jumpa geng.. layan kan je. Kawan kawan kitaorang mostly sama je. 1 Fakulti la katakan. pusing pusing kawan aku kawan kau.

Sampai lewat malam juga kitaorang beraya ni. Dari Batu Pahat kami ke Muar bermalam di sana.

Oklah kita sambung bab jalan raya di muar, melaka dan negeri sembilan pulak nanti ye

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge