Raya 2018

Habis dah raya 2018. Macammana raya Aidilfitri 2018 ni? Ainul boleh dikatakan raya sakan. Syukur diberikan kesihatan, kelapangan dapat ke rumah sedara, kawan kawan ziarah. Ye Aidilfitri ni all about ziarah, rapatkan silaturrahim. Tak perlu tunggu open house . lebih suka pergi dan jumpa. lebih senang nak borak lama.

Raya pertama Ainul sekeluarga di Shah Alam. dua dua kampung kami di Shah Alam. Tak balik Perak tahun ni sebab kakak dah sarat mengandung. Jadi mak nak stand by tunggu dia. Maka raya je la di Shah Alam . tahun ni giliran sebelah husband. Kampung dia memang di Shah Alam.  #teamrayashahalam

Inilah mak ayah saya. Adik beradik dari 7 orang 4 orang je ada. lagi 3 beraya di sebelah mertua . Raya dengan mertua tak sempat nak bergambar dengan semua. huhu

 

Raya ke 2

Team raya ke rumah mak sedara husband di Teluk Panglima Garang

 

Raya ke 3 : Raya ke Sabak Bernam dan Bukit Beruntung

 


Terima kasih Ayu & Azfar. Sudi terima kunjungan kami. Makan sedapppp

 

Raya is all about ziarah, silaturrahim. Masa ni la kita nak jumpa family, bawa anak anak jumpa tok sedara kan. Lebih baik jangan tunggu raya. Tak raya pun kena ziarah . Bila raya ni ianya lebih meriah la. Baru la raya kannn

Ok nanti kita sambung cite raya raya selatan pulak. Selamat Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge