Jom berjumpa Peserta MasterChef Asia Di Mid Valley Sabtu ini

Jom berjumpa Peserta MasterChef Asia Di Mid Valley Sabtu ini
Anda peminat setia MasterChef ? Jadi Sabtu 22 Ogos ini jom kita beramai ramai ke MidValley MegaMall untuk meyaksikan secara life para peserta MasterChef Asia dan melihat sendiri mereka beraksi secara LIVE

Maklumat lanjut:
Pameran Dapur MasterChef Asia
Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad 
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa selebriti Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!
Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia
Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa : Dari 12 tengahari
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu
para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja 
MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!
Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.
Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.
Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini – cajkan bateri kamera dan telefon anda; bawa buku masakan dan pen untuk autograf; dan hadiri acara ini untuk merasai pengalaman menakjubkan! Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, 
layarilah website MasterChefAsia.
MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.
MasterChef diwakili di peringkat antarabangsa oleh Endemol Shine Group. Rancangan ini pada asalnya dirakam semula sebagai MasterChef Goes Large pada 2005 oleh Shine TV di UK dan berdasarkan format yang direka oleh Franc Roddam.

Untuk menonton treler MasterChef Asia, sila klik: https://www.youtube.com/watch?v=VfJr0rj4bVU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge