Ketuk Ketuk Ramadan by Ainul Mustafa : Resepi ayam goreng bawang putih

Ketuk Ketuk Ramadan by Ainul Mustafa : Resepi ayam goreng bawang putih

Bulan Ramadan ni la paling rajin nak memasak kan. Belum puasa lagi semua sibuk mencari resepi untuk 30hari. Ada yang beli buku la. Paling senang setiap hari google resepi.  Hari ni Ainul nak share resepi ayam goreng senang , mudah, bahan pun sikit dan paling penting sedap.

Resepi Ayam Goreng Bawang Putih

Bahan- Bahan

1. Ayam yang dipotong


2.  Bahan untuk dikisar

  • 3biji bawang merah
  • 10biji bawang Putih ( kalau nak kurang atau lebihkan boleh je tau)
  • sedikit halia

3.  Yogurt 


4. Sos Tiram

5. Garam

6. Minyak Masak

Cara Penyediaan 

1. Blend semua bahan No 2. Blend kasar kasar pun ok

2. Masukkan bahan kisar ke dalam ayam. Masukkan 1 sudu yogurt & 2 sudu sos tiram dan garam secukup rasa

3. Gaul semua bahan perapan dan perap seketika

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak

5. Siap masak dan tos kan ayam ke atas tisu 
Kenapa kena tos minyak ? Ini antara pesanan doctor pakar di IJN selepas ayah operation bypass. Katanya setiap kali menggoreng toskan dulu minyak. Lap lap tu minyak tu supaya minyak akan serap kepada tisu. Tidak la kita makan benda berminyak sangat kan.
So sangat penting untuk tos dulu minyak. Nak tos dengan apa? 
Ainul semestinya guna tisu Scott Calorie Light.  Tisu ni bukan sekadar tisu je tau. 
Tisu boleh reduce calori 25% ?? macammana tu
Ayam goreng bersamaan dengan 139kalori tau. So lepas masak kita guna kan tisu scott untuk serap minyak so ayam tadi telah menjadi 105 kalori. 25% kalori telah diserap oleh tisu scott. best kan. 
Sebab tu la pakar jantung IJN pun pesan kat ayah suruh lap dengan tisu dulu kalau makan makanan bergoreng 🙂
Kenapa? sebab tisu ni tebal dari tisu biasa. Penyerapan pun bagus. Memang guna sejak dulu la. Mak yang ajar. Sesetengah tisu dapur tu nipis kalau kena minyak terkoyak. Tak best la kan. 
Tengok minyak minyak dari ayam tadi. Terserap abis. Tisu tetap maintain tidak terkoyak.
So pastikan tisu scott ni sentiasa ada di dapur anda ok. Kerja-kerja memasak lebih mudah dengan tisu scott
Resepi ayam goreng ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas tau. Ni memang feberet husband dan ayah saya. 
Sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur
Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge