Lemak Salai Viral Tampin. Betul Sedap Tau

Lemak Salai Viral Tampin. Betul Sedap Tau

Dah lama kmi p makan kat sini tapi baru ada mood nak update. hehehe . sekarang banyak update di FB page Ainul Mustafa. Sana laju sikit nak update selain IG. jemput la like page kita dan folo ig saya tau

balik dari mandi mandi di waterpark Tampin ofcoslah lapar giler. Time lapar macam ni perut tekak orang kampung ni minta nasi je. Google terjumpa Restoran lomak Salai ni. Haruslah kena cuba. Restorant ni kita akan jumpa dulu sebelum masuk Pekan Tampin kalau dari KL la ye. Jadi dah ternampak restorant atas bukit. jadi dari Waterpark Tampin kena patah balik. tak jauh pun.

Kami ke sana agak awal pagi. rasanya pukul 11 dia bukan kami dah sampai. tu pun dah ada orang yang datang. Parking masa tu banyak lagi. dari parking ke restorant kena naik tangga. yanmg bawa mak ayah family berkerusi roda jangan risau kereta boleh bawa naik ke atas cuma tak pasti parking ada ke tak area atas tu

Lemak Salai Viral Tampin

Ainul share suasana di restorant ni ye. masa ni orang tak ramai jadi sangat tenang. Jadi silalah plan kalau nak ke sini ye . Datang awal

ini tempat basuh tangan ye

Tempat makan banyak. Orang tak ramai jadi boleh la pilih nak duduk mana. Kalau dah ramai tu dapat tempat duduk tu dah syukur sangat. nampak kat TT viral nya tempat ni sampai orang beratur dari parking, tangga sampai ke atas restorant. bertabah la yer

 

Tampin dan Pak Ito seperti irama dan lagu hehe.. ye kami ke Tampin sebab nak ke rumah Pak Ito Blues Gang. Yang ini kita cite lain ye

 

Nak ambil makanan sangat mudah. Suka sistem dia. mudahkan kita nak ambil, nak pilih. harga pun dah dipaparkan. jadi sila rajin baca ye

nampak dia suruh beratur sini ye. dari hujung ni ada trolly macam Ikea tu. sepanjang kedai ni akan ada booth booth makanan. ambil mana yang kita nak. Harga akan dipaparkan kat booth tu. Masakan salai ada saiz ye. Harga pun berbeza. tanya dulu kalau tak pasti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saiz air dia besar. dapat 1 kole ye. boleh minum 2-3 orang. Jadi tak perlu la order banyak banyak. Macam kami siap bungkus minum dalam kereta.

ini total apa yang kami makan hari tu.

 

daging salai dia pedas sikit ye. Saya suka pedas. hirup kuah dia pehh puas hati makan. Rasa kena p lagi ni.

Yang suka makan masak lemak salai boleh la try sini ye. nanti kita cari port sedap lain pulak. Ada port best bgtau ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge