Tampin Waterpark

Tampin Waterpark

Musim cuti sekolah hujung tahun makin tiba. mesti dah plan macam macam kan. Saya pun dah ada beberapa planning cuti. dan hari ni nak share satu tempat yang korang boleh bawa anak family pergi bercuti, bersuka ria. Saya pun tak pernah tahu kewujudan tempat ni

Kebetulan ada hal di Tampin jadi sebelum ke tempat kerja tu, google dulu apa yang menarik kat Tampin ni. maka terjumpa la Waterpark Tampin. ehhh ada waterpark ke kat sini? ramai juga yang tak tahu. ingat saya je.

Kami bergerak dari Shah Alam selepas subuh. Selepas solat tu bersiap la semua. Suami memang suka bergerak awal. lebih relax tenang dan tak mengantuk. Sampai ke Tampin tepat jam 9pagi dan masa ini juga waterpark pun buka. korang waze je Waterpark Tampin. Tak susah pun. Jalan ke sana pun senang sebab waterpark ni dalam kawasan perumahan

Tampin Waterpark

 

Ini waktu operasi Tampin Waterpark ye. awal pagi dah buka dan harga tiket pun murah je. Masa nak masuk tu mereka akan tanya ada bawa makanan ke tak? kami memang tak bawa makanan. Dalam kawasan waterpark ada kedai boleh beli. tapi masa pergi mungkin awal sangat kedai belum beroperasi sangat. nak beli jajan ada la

 

Suasana kat sini sangat best sebab di kampung kan. Ada kolam dan ada anak sungai juga

Tampin Waterpark

 

Tampin Waterpark

 

Tampin Waterpark

 

kat sini boleh juga nak camping tau. Ada tempat untuk pasang khemah. Siapa suka bercamping tu boleh la datang sini. Kolam ada banyak boleh pilih nak yang mana . ada yang sesuai untuk kanak kanak, ada yang sesuai untuk orang dewasa

Tampin Waterpark

 

Tampin Waterpark

 

Tampin Waterpark

 

Tampin Waterpark

 

 

 

yang nak berkelah bawa makanan ada pondok disediakan, ada banyak tempat duduk. Kena cepat je kan.

 

Tampin Waterpark

 

Tampin Waterpark

Tandas untuk tukar baju buang hajat pun ada. jangan risau nak salin baju kat mana. Tandas pun besar

Oklah tempat ni. simpan untuk bawa anak anak mandi kolam. nak bawa waterpark yang glemer ni mahal dan ramai. dan sesekali lari sikit dari kebiasaan kan. Selepas mandi kita pekena masak lomak salai pulak. kat mana sedap? tunggu next entry ye

 

Tampin Waterpark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge