MACAMMANA NAK YAKINKAN DIRI ?

MACAMMANA NAK YAKINKAN DIRI ?

ramai yang tanya macammana nak yakin jual supplement, macammana nak yakinkan diri nak resign, bagaimana nak yakin boleh survive berniaga sendiri

Kalau tanya saya, saya sendiri tak pernah yakin 100% dalam buat apa apa.

Dulu saya tak yakin boleh ke full bf anak walaupun bekerja

Dulu pun saya tak yakin boleh ke aku resign ni

Dulu saya pun tak yakin makan supplement ni bagus ke. makan buah sayur cukup lah

Dulu saya pun tak yakin boleh ke manage team beribu ribu

Dulu saya tak yakin boleh bercakap depan orang ramai

Cuma ada 1 benda yang saya pegang dari dulu adalah BUAT JE

dah buat , konsistent buat keyakinan akan datang

Masa dapat anak 1st. ada je rasa tak yakin mampu ke aku menyusukan dia sampai 2tahun. Bagus juga ada rasa tak yakin 100% baru nak berusaha mencari ilmu. Belajar, buat sampai berjaya

tak yakin 100% tu buat kita nak berusaha, buat salah cuba lagi dan lagi dan belajar dari kesilapan

Pernah tengok MasterChef. Seorang peserta tu bila dapat tugasan masak pastry. dia dengan yakin 100% dia akan menang challange tu sebab pastry “makanan “dia.

Tapi bila time judge komen, pastry orang yang tak yakin 100% tu kadang2 berjaya. Sebab dia tak berada dalam zone selesa. dia tau dia ada banyak kekurangan. Dia nak buat yang terbaik.

Begitulah kehidupan kita. dalam kerjaya apa jua. keyakinan tak datang sekelip mata.

keyakinan pasti akan datang bila kita konsistent buat lagi dan lagi
Buat salah jangan stop buat lagi dan belajar dari kesilapan.

Jadilah seperti Dahlia yakin dia tetap comel walaupun tak mandi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge