thermomix punya pasal pun gaduh

thermomix punya pasal pun gaduh

Dari semalam asyik lalu kat facebook ni pasal thermomix je. Macam macam pendapat

Pendapat saya adalah…

Kita sebenarnya unik. Bila kita ada duit kita suka spend duit pada benda yang berbeza ikut kesukaan , identiti kita .

Saya juga suka lihat kawan kawan sekeliling saya. Ada yang dari pemakaian biasa tapi bila p rumah dia penuh dengan gadget di dapur. Ada kitchen Aid, Oven yang besar giler tu, blend, dapur semua jenis berjenama la. Tengok dapur macam dah Anna Olson punya dah.

 

 

Saya suka tengok gadget di dapur tapi saya tak berapa suka beli. ini sayalah. saya takde noxxa, mixer branded. oven pun orang bagi sebab review product dia. hehe

Ada kawan suka beli handbag berjenama. kejap kejap tukar handbag. p keje kejap Chanel, kejap LV, kejap coach . macam macam la brand yang saya pun tak tau semua

Ada orang suka spend duit dia pada tudung. Duck, Ariani, Arzu dan macam macam brand. Ada yang minat duck walaupun mahal tapi tetap nak juga spend duit dia pada benda yang dia suka

Ada yang suka kasut. hahha inilah saya. heels, wedges, sneakers, boot, selipar jepun. Setiap event, setiap tempat nak p kasut lain lain. kalau perasan orang macam ni dalam bonet ni penut kasut. so senang nak tukar tukar.

Ada orang suka spend duit dia beli makeup. ni saya suka juga tapi tak banyak la. Macam adik saya. Anak anak suka masuk bilik dia sebab buka je laci penuh macam macam jenis makeup. dia memang bahan rujukan saya bab makeup. malah apa yang latest pun dia tau. Pernah tengok IGfemes yang suka makeup. dia punya barang makeup pehhh penuh 1 bilik. lipstik 1 jenama pun ada semua warna. kalau 10 jenama?

Ada orang suka spend duit pada skincare. Rasa Neelofa pernah tunjuk skincare dia. penuh 1 almari. mask je macam macam jenis.

Ada yang suka beli emas. barang kemas macam macam jenis. besar kecil semua ada. rantai, gelang, cincin. bukan pakai semua pun tapi suka beli. kepuasaan baginya

Ada yang suka beli pinggan mangkuk. ini mak saya. penuh almri macam macam jenis pinggan. kami dari kecik dah diajar pinggan ini untuk kuih, ini untuk lauk, ini untuk lauk kering. salah siappp !! huhu . tapi yang best sekarang bila banyak sangat pinggan dia maka kamilah yang dapat hehehe.

Tak salah nak berbelanja, reward diri selepas kita bekerja kuat. Rasanya wanita orang yang cerewet pada benda yang dia belanja kan.

Tapi jangan sampai berhutang sana sini semata mata kerana nafsu. Jangan membeli beli sampai tak pakai , buruk macam tu je. dah membazir.

Beli barang branded ni ada untung nya sebab pemintaan tinggi. nak preloved pun orang nak je.

Marilah kita raikan perbezaan, kegemaran, minta kita masing masing.

Kalau kita boleh bersatu nak lawan covid19 maka kita kena bersatu untuk pujuk suami masing masing beli thermomix , gelang emas, kasut , handbag baru hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge