Masa Terbaik Untuk Pump Susu Ibu
Perkongsian sedikit pengalaman menyusukan anak pertama. Masa menyusukan anak pertama, saya seorang ibu yang bekerja di pejabat. selalu outstation dan saya perlu pump susu untuk bekalkan stok ebm kepada anak.
Bila kita nak pump susu? waktu mana yang sesuai untuk pump susu ibu
1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.
Kaedah ni turut dipanggil tandem nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja)
2. Pam selepas anak selesai menyusu
Bayi ni kadang menyusu asal takat kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun takkan berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit.
Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill (isi semula) payudara.
3. Pam di waktu tengah malam atau sebelum subuh
waktu waktu ini anak anak sudah atau masih lagi tidur. Jadi kita akan lebih relax untuk ” me time” . Bila kita dalam keadaan tenang, relax susu pun akan lebih senang untuk dirangsang. Sambil menonton atau mendengar lagu kegemaran. sambil membaca buku dan kita pump susu
Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.
Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan 🙂
nak bertanya mengenai penyusuan susu ibu dan apa yang saya ambil untuk kekal cergas, susu meriah walaupun kerja di tapak projek berbulan bulan boleh hubungi saya di 013-3612717