Menu Sahur Senang Nak Sediakan & Berkhasiat Untuk Keluarga

Menu Sahur Senang Nak Sediakan & Berkhasiat Untuk Keluarga

Ramadan tiba !! bulan yang dinanti setiap tahun. dan mak mak pasti lah paling sibuk bulan ni. Kena bangun awal pagi siapkan sahur untuk suami anak anak. lagi bila anak anak dah mula bersekolah. Sahur kena pasti yang berkhasiat buat kenyang lama. Ainul nak share menu sahur senang nak sediakan dan  berkhasiat untuk keluarga. idok lerr kita mak mak setiap pagi bertukang kletang kletong masak.

Dulu Ainul rasa sahur wajib makan nasi baru boleh puasa dengan bertenaga. yelah kita dah biasa kan dari kecil. Bila belajar dan pengalaman sendiri, boleh je sahur tanpa nasi dan boleh berpuasa dengan bertenaga sampai berbuka. Siap pukul 6petang boleh jogging lagi walaupun sahur tak makan nasi

5 Jenis Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Sahur

 

1. Tinggi Indeks Glisemik (G.I)

Makanan yg tinggi G.I spt nasi putih, roti putih, makanan bertepung menyebabkan anda cepat berasa lapar & keletihan

2. Tinggi Garam

Makanan tinggi garam menyebabkan anda cepat berasa haus dan cepat alami dehydrated

3. Makanan Tinggi Minyak

Makanan bergoreng kurang sihat dan boleh menjejaskan kesihatan jantung & menyempitkan saluran darah

4. Rendah atau Tiada langsung Protein

Protein sangat penting untuk pembinaan & pengekalan sel badan sihat & otot. Ia juga buat anda kenyang lebih lama. Pastikan anda ambil makanan berprotein masa sahur

5. Rendah atau Tiada langsung Serat

Serat amat penting untuk kesihatan sistem penghadaman dan buatkan anda kenyang lebih lama. Pastikan ambil serat masa sahur seperti buah & sayuran

 

Menu Sahur Senang Nak Sediakan & Berkhasiat Untuk Keluarga

 

Overnight Oat

  1. 3 hingga 5 sudu rolled oats
  2. Susu segar
  3. 2 sudu yogurt (perisa dan jenis mengikut cita rasa anda)
  4. Aneka kacang (biji labu, biji bunga matahari, kismis atau apa sahaja mengikut cita rasa anda)
  5. Chia seeds
  6. Madu (secukup rasa)
  7. Buah-buahan (ikut cita rasa anda)
Menu Sahur Selain Nasi Bagi Kenyang Lama, Cergas Sepanjang Ramadan
Gambar di sini

1. Dalam balang kecil, gabungkan kacang, oats dan chia seeds.

2. Kemudian, masukkan yogurt dan madu.

3. Seterusnya, tambahkan susu sehingga oats tenggelam.

4. Simpankan oats di dalam peti sejuk semalaman. Anda boleh menyediakan beberapa hidangan oats terlebih dahulu dan simpan untuk masa akan datang. Overnight oats boleh bertahan di dalam peti sejuk selama 5 hari.

 

Sandwich Telur

  • Roti (apa-apa jenama)
  • 3 biji telur rebus
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu teh garam
  • Timun jepun di dadu
  • Buah tomato buah isi dan potong dadu
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Butter
  • Mayonis
  • Salad
  • Tomato (hiris bulat kepada 6-7 kepingan)
  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Kupas kulit telur rebus dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk lada sulah, cuba rasa untuk anggarkan rasa masin.
  • Gaul semua  bahan hingga mesra dan sebati.
  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua.
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

 

Wrap Ayam

Bahan-Bahan:

Roti tortilla (mission wrap)

Isi ayam (dada) (potong kecik)

Salad

Tomato

Carrot (hiris halus-halus)

Timun (hiris halus-halus)

Kubis

Mayonis

Sos cili

Sos thousand island

Telur

Cara Membuat:

1. Roti mission Wrap dibakar menggunakan frying pan

2. Isi ayam di gaul dgn garam,celupkan dlam telur serta tepung goreng cap bestari dan di goreng

 

Tomyam Oat

Oat selalu bancuh dengan susu je. bosan muak. jom buat tomyam oat pulak. sedap tau. tak terasa oat pun. Resepi tomyam oat asal dari sini

Menu Sahur Senang Nak Sediakan & Berkhasiat Untuk Keluarga

Bahan -bahan

Oat – ikut la nak buat banyak mana.

Pes tomyam

Ikan bilis

bawang besar

Cili padi

Kentang

Minyak masak – nak lebih healthy guna olive oil

Garam

Air

Cara Penyediaan



1. Goreng ikan bilis, kentang, bawang besar sehingga garing. Boleh tambah sayuran lain kalau suka

2. Guna periuk lain, Masukkan oat, pes tomyam & air . Air tu ikut la nak banyak mana kuah

3. Bila dah mendidih masukkan garam. Sikit je tau sebab pes tomyam tu dah ada perasa. kalau taknak letak garam pun boleh

4. Kacau dan bila dah masak tu boleh la tutup api. Oat ni kejap je masak. Gunakan api yang kecil je tau

5. Tabur ikan bilis, kentang & bawang besar di atas oat tomyam

6. Potong cili padi dan tabur dalam oat. ini kalau nak pedas lagi la

Menu Sahur Senang Shake Shake Siap

Menu Sahur Senang Nak Sediakan & Berkhasiat Untuk Keluarga

Menu Sahur Senang cara saya.

Cara-cara penyediaannya mudah sangat. Tapi sebelum mula, pastikan anda semua ada blender. Tak kisahlah blender jenis apa, lagu mana pun, janji boleh kisar bagi hancur semua bahan yang dimasukkan ke dalamnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
* 3 sudu makan ESP serbuk protein Shaklee
* 4 biji kurma yang telah dibuang bijinya
* 1 cawan susu rendah lemak brand sukahati korang
* 1 cawan kiub ais

Cara-caranya:
– Masukkan semuanya ke dalam blender pengisar anda.
– Kisar sehingga halus dan sebati semuanya.
– Sedia untuk diminum!

 

Menu Sahur Senang Yang Ainul Sekeluarga amalkan setiap Ramadan

Ini yang Ainul suami dan anak anak makan setiap hari masa sahur. Ada juga makan nasi roti. Cuma jarang la. Anak anak je bagi mereka makan nasi roti. Ikut selera anak anak. Macam Ainul dan suami kami memilih ESP dan Cinch Shakes . Kenyang lama, ada nutrisi yang badan perlu teritama ketika berpuasa.

Dah beberapa tahun berjaya bersahur hanya dengan esp dan cinch shake. Boleh berjaya puasa sampai habis tanpa sebarang masalah. Jadi yang nak cuba sila cuba sekarang bulan Syaaban ni. Bukan apa takut kalau tak biasa nanti terkejut masa bulan Ramadan. jadi buat awal bagi badan kita biasa.

Selamat mencuba ye dan selamat bersahur berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge