Menyesal Tak Resign Kerja ?

Throwback zaman keje dulu. selalu kena p outstation, p site. duduk tengah panas. apapun suka sangat kerjaya saya.

Menyesal resign keje? ofcos tak hahhaa 😁😁

bersyukur Allah buka kan hati resign dan bekerja sendiri.

Pagi tadi keluar awal pagi nak hantar barang. Ingat dah keluar jam 8pagi kereta tak banyak la.

Rupanya makin jam teruk dekat federal highway

teringat zaman kerja dulu. jam 6.30pg dah hantar Arreessa ke nursery. Nursery belum buka tapi ketuk juga minta hantar awal 😔

Sebelum jam 7pagi mesti dah keluar Shah Alam.kalau tak takut tak sempat sampai sebelum 8.30pagi. Merah punch card nanti

Balik kerja kena hadap jam lagi. pernah 2 jam stuck. pernah berbuka puasa dalam kereta telan air liur je.

pernah dalam kereta nangis anak kejap kejap call bila nak sampai tapi tak boleh nak buat apa sebab jalan jam. rasa nak keluar kereta lari balik lagi cepat kot 😂

Semuanya kenangan yang akan saya simpan. kenangan yang buat saya kuat, berani ambil cabaran resign dan keluar dari zon selesa. Selesa ke terpaksa hadap 2jam jam setiap hari 😅

kerjaya hari ini. Dunia yang saya pilih 6 tahun lepas. Alhamdulillah kerjaya dan keluarga bersama.

#ainulmustafakongsicerita