Tips Mencegah Anak & Keluarga Dari Virus Influenza ,Coronavirus

Tips Mencegah Anak & Keluarga Dari Virus Influenza ,Coronavirus

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah kita sudah di tahun 2020. Zaman kecil dulu kira berapa umur masa tahun 2020 dan dok terbayang muka masa tu. Haha siapa macam ni 😁

Masuk tahun baru ni kita digemparkan dengan macam macam Ya Allah !! Menakutkan

Terbaru ni kecoh pasal Influenza. Tak habis pasal virus ni datang virus Corona pulak πŸ₯ΊπŸ₯Ί

Yang paling berisiko adalah anak anak. Sistem imun mereka masih rendah.

Ini apa yang Ainul buatlah ye. Rasanya semua ibu bapa akan buat be nda yang sama

1. Kurangkan aktiviti luar

Benda paling utama adalah tak perlulah bawa anak anak ke tempat ramai orang macam shopping mall.

Anak Ainul no 2 tu Ainul stopkan ke tadika. Sebab dia ada asthma. Jadi berisiko tinggi senang jangkit. Jadi lebih baik stop jelah hantar dia kejap.

Kat tadika ni ada daycare. Parents anak demam selsema pun still hantar. Bila ada kes macam ni Ainul ambil langkah selamat stopkan dia terus. Home schooling je 😁

Anak 1st dah darjah 4. Takkan nak stop sekolah kan. So macam dia balik sekolah wajib mandi.

2. Hand Sanitizer

Paranoid mak 😁😁😁

Bekas ni terisi air & BASIC H

saya letak dalam kereta dan dalam handbag

Inilah sanitizer tanpa bahan kimia saya

Nak keluar kereta spray kat tangan, badan

Sebelum masuk kereta spray lagi

Nak pegang troli ke apa spray..

Anak anak pun kena

Sampai pernah terlupa bila dah masuk kereta

Maryam “mama tak spray air basic h tu ke ? ”

Dia pulak ingatkan kita

Hehehe

Basic H ni dari tumbuhan. Jagung,kelapa, hampas buah yang dibuat vitamin. Selamat jangan risau.

Basic H pencuci serbaguna. So gunalah pelbagai cara mencuci apa yang patut

3. Makan Supplement


Ainul sekeluarga amalkan supplement ini untuk bantu kuatkan sistem imun

Vitamin C tu memang terbukti baguskan.malah ada saintis sangat cadangkan ambil Vit C untuk lawan virus.


Ini antara yang Ainul buat untuk anak anak. Kita doalah semoga kita dilindungi Allah dari penyakit berjangkit.

Aminnnn