Minuman 3 in 1 Apa yang Saya buat Dari Hantu ke Tinggalkan terus minuman tak sihat ni

HANTU 3 IN 1

Dulu sejak zaman belajar , bekerja Ainul memang hantu 3in1. Sehari 3-4 sachets tu biasa. Lagi lagi kalau kena drive travel p site. Mengantuk weiii nak drive sorang sorang 5-6jam

Jadi solusinya 3 in 1 la. Senang, cepat.

Dalam laci opis mesti ada stock.petang kat opiskan memgantuk. Ada econ lagi. Adoii sedapnya tidur 😴😴

Disebabkan hantu 3 in 1, bekfes , lunch ,dinner pekena nescafe tarik pulak ( Ya Allah teruk punya habit 😭)

Makaaaa tak heranlah dulu gemuk, kulit tak cantik,kusam,nampak tua

3 in 1 gula tinggi, pengawet tinggi.

Sejak kenal Shaklee dan belajar pasal kesihatan (ni sebab kelas health talk jangan miss) Ainul cuba tukar tabiat buruk ni

Susah weiiii.. yes memang susah. Ianya tak ambil masa 1-2 hari dan bukan 1-2 bulan juga. Bertahun tau.

Mula mula Ainul ubah dari 3-4 kali sehari ke 1-2kali sehari. Paling drastik selepas buat detox Shaklee. Berat turun ke 56kg masa tu.dari 63kg 😅😅😅

Bila habis tempoh detox 7 hari, try minum 3 in 1.. pehhh awat tak sedap. Serius tau. Rasa tawar, pahit tak sedap. Minum 1-2 teguk buang.

Dan sejak tu stop beli dan minum 3 in 1

Dan sejak buat diet #jurnalkurusjoelabu Ainul kurangkan minum manis. Masa Ramadan 2019 berbuka minum air masak. Sahur minum Cinch Shaklee dan Cinch Tea.Berbuka dengan Performance drink. Ada la rasa rasa air manis.

Masa raya pun sama. Siap minta air kosong kat tuan rumah. Kalau takde pilihan minum juga air manis tapi share dengan abang Joe Labu

Sekarang berat 51kg. Zaman sebelum kawen pun berat 55kg tau 🤗🤗🤗

Nampak tak betapa tak baguihnya air manis ni

Cinch tea ni memang pengganti 3in1 dan ianya tiada gula,bahan pengawet. Kan lebih bagus. Sedap dan bantu badan bertenaga, tak mengantuk

Kepada kawan kawan yang giler 3 in 1 tu cepat cepat la ubah. Memang susah tapi pasti boleh.

Jangan sampai ianya rosakkan buah pinggang kita.

Dah rosak baru hegeh hegeh nak beli vivix dan harap esok bangun pagi sihat

Sekarang kena beli untuk sihat dan cegah dari sakit. Dan dah beli makan kena jaga. Bukan togok vivix sebotol sehari , 3 in 1 pun sakan..

Lepas tu salahkan vivix rosakkan buah pinggang 🙄🙄🙄

Yang buat kita sakit PEMAKANAN harian kita

Jaga makan jaga kesihatan..

#3in1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge