Misi Mencari Shawl Dinner

Dah lama tak p dinner.. so over excited.hihii. Next week insyaALLAH akan berangkat ke trip cruise 5 hari. 1st time nak merasa naik cruise ni. apa rasa ek? yang penting semuanya fully sponsored. Free jek. bawa badan je uolss.. bestkann

Dalam tentatif ada 2 dinner. 1 dinner malam tema.  baju semua dah ada. tudung je belum. Dinner ke dua dinner bersama captain. agak formal. baju dah ada. tudung je belum. adoiii .

 

Biasa la perempuan 100 helai dalam almari pun still akan cakap takde tudung lagi kan. hahaha

kebetulan semalam check up cek mek molek Dahlia. Yeahh Dahlia dah 6 bulan.  Habis check up terus ajak husband p cari shawl kat area seksyen 7 Shah Alam. Port buat pencari Shawl

Dapatlah masuk ke beberapa butik yang glemer. Nama kalau sebut memang gah la. confem semua kenal. tetapi banyak yang Ainul tak puas hati. hihi

 

Masuk ke butik pertama.  Nampak kat IG cantik cantik baju nya. eh kata cari shawl. ko nama pun perempuan , nak cari shawl tapi semua benda dia tengok kannnn..

Bila pegang material kainnya kasar, tebal. macammana nak pakai dengan cuaca yang panas kat Malaysia ni. Lagi lagi mak mak ni. dengan anak 2-3 orang.

mungkin ianya sesuai kalau untuk posing post kat IG je kot. tak pun Ainul je rasa tebal, kasar. orang lain ok je. taste masing masing.

Masuk ke Butik ke 2. Ada sales. Maka Ainul pun terjah la. Yang best takde orang langsung. Maka boleh buat macam butik sendiri. yeahhh

Tak banyak dah pilihan mungkin ada sales kannn. tinggal yang defect je. tapi tak beli jugak sebab design macam mak nenek. pelik je. ada yang suka warna pilihan pulak takde. tak mencapai kpi .. tak jadi beli.

Masuk ke butik ke 3. again nama yang glemer. tengok kat IG shawl dia macam cantik je. bila pegang kain nya mak aiii KASAR macam shawl seploh hinggit beli kat pasar malam. ko letak manik , label ko jual 40 hinggit. adoiii

tak mencapai piawaian saya juga…

Maka balik je rumah tanpa beli apa apa … niat di hati nak terjah banyak lagi butik tapiii jalan dengan husband ni 2-3 butik dia dah ajak balik. So next time kena p sorang sorang. hihi

dah la Dahlia, frust tak dapat shawl. kita posing aje la kat sini. Misi mencari shawl dinner akan terus berjalan sampai jumpa yang berkenan di hati.

korang selalu beli shawl kat mana? kalaua da yang best share tau. boleh Ainul p terjah butik or IG dia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge