Roti Nan Cheese Di Ehsan Shah Alam

Roti Nan Cheese Di Ehsan Shah Alam

Dah lama teringin makan kat sini gara gara ternampak 1 entry makan roti nan cheese. Nampak macam sedap je. Banyak kali ajak husband p sini tapi asyik tak jadi je.huhuu. Yelah area sana dah makin cowded. dengan DEMC, orang di Vista Alam. Vista Alam pun mesti penuh dengan kereta di kawasan kedai kedai. Banyak kedai best kan.

Ehsan ni nama Restaurant Pakistan tau bukan kawan Upin Ipin tu ye. hihi. Terletak dekat kawasan Vista Alam. Betul mengadap DEMC.

 

 

Kami p malam selepas isyak. Agak ramai orang. Penuh meja. Special kat sini roti nan la. dan di sini tak banyak pilihan atau boleh order apa sahaja macam mamak ye. sini mamak exclusive sikit. Harga pun exclusive

Ni list roti yang ada kat sini. Boleh pilih nak roti apa dan kuah apa. lupa nak snap kuah. Kami tak pilih kuah pun. Jadi dia bagi yang biasa biasa je.

Kami order roti nan cheese dan ayam tandoori . Husband order nasi sup.  Datang sini kena la rasa roti nan dia kan.

 

Agak berbeza warna ayam tandoori kat Ehsan ni dengan mamak lain. Selalu warna dia agak merah or gelap sikit.  ni agak pucat sikit. Kuah pun campur. Selalu diasingkan. Mungkin style orang Pakistan macam ni kot

 

Ayam Tandoori ni memang febret Arreessa. Asal p mamak mesti order  roti nan ayam tandoori. banyak la juga yang kami dah rasa di area Shah Alam ni.  Palig sedap adakah di Ehsan ni?

Sampai dah roti nan cheese kami.  nampak tak cheese dia. Gebu lembut rotinya.

Bila kita tarik nampak tak cheese nya… Sedap makan roti je pun. lembut. Arreessa & Maryam pun suka.

Ayam Tandoori pun walaupun warna agak pucat tapi sedap cuma kami dah rasa ayam tandoori yang lagi sedap dari yang ni la.

Kalau roti nan cheese, kat Ehsan ni terbaik. lembut, cheese banyak. sedap.

Husband order nasi Sup Daging. 1 set ni RM10. Daging banyak, kuah pekat. Oklah. Sambal je tak pedas ikut skala Ainul punya kepedasan. hehehe.

Siapa yang suka makan roti nan cheese ni boleh la datang Ehsan ni. try sendiri baru tau sedap ke tak kan. Sedap ni ikut tekak, selera kita.

 

 

One thought on “Roti Nan Cheese Di Ehsan Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge