My Graduation Day 2015

Finally!!! I’m Graduate !!!! selepas 2007 ini kali kedua la Ainul Graduate. Selepas habis degree terus bekerja dan memang tak plan nak sambung belajar. Serius malas giler.hahahaa.. Berjaya lulus cemerlang engineering course tu dah cukup hazab adik oiii.. untuk akak yang super pemalas belajar ni la. Jangan contohi akak ye. Sila contohi husband akak yang sungguh berdedikasi belajar sampai PHD.
6 tahun bekerja ada juga ambil exam CCNA. Tapi fail. hihihihi.. Serius akak tak minat. Akak suka engineering tapi bukan CCNA. Mungkin sebab kerja kerja selama 5 tahun tidak menggunakan CCNA sangat. Bila masuk department baru kena pulak ambil exam ni. Jadi sengaja tidak study walaupun tahu diri ini satu habuk pun tak faham apa yang cikgu ajar. Kena repeat uolss!! Nasib baik akak dah resign jadi engineer so lega tak payah nak hadap exam yang akak tak minat. YES!!!
December 2015, akak dikehendaki mengambil kelas untuk melayakkan diri akak sebagai Certified Product Trainer Shaklee. Mula-mula malas juga tapi husband suruh pegi dan dia sudi jaga anak-anak. Oklah kan. Training yang sangat BEST.
Kenapa BEST sangat? Apa yang paling Ainul suka adalah apabila kita belajar sesuatu kita tahu dekat mana nak apply. Setiap saat belajar nutrisi , sistem badan manusia, kenapa itu ini WOW !! teruja sangat. excited sebab kita tahu kat mana nak guna ilmu yang kita belajar.
Kenapa aku kena makan vitamin C? kenapa kena ambil.kalau tak ambil tak boleh ke? kalau nak makan buah oren je hari hari ok je kan. dapat jugak vitamin C
Semua persoalan terjawab.
Paling Ainul suka bab sistem manusia. dulu zaman spm dah belajar sikit sikit dalam biologi tapi membosankan. kali ini menyeronokkan, senang faham. Dulu kita belajar nak dapat A SPM je. Sekarang kita belajar sebab apa yang kita belajar kita nak guna untuk bantu orang ramai diluar sana.
dah belajar ada exam dan presentation. Alhamdulillah kawan-kawan pun sama -sama study. Bila dah ada anak ni, kena korbankan la masa tidur sikit. Bangun awal study. Prepare untuk exam oral.
Akhirnya alhamdulillah Ainul LULUS !!!!!!!!!!!!!!!!!
19 May 2015 lepas, diadakan majlis graduation untuk meraikan kami yang layak bergelar Certified Product Trainer Shaklee
Majlis bermula jam 6 petang . Bermula dengan pendaftaran dan makan malam. Special makan malam di tingkat 14 Pinnacle Sunway. Dinner di awan biru