Nasi Kukus Ayam Berempah Sedap & Murah Kat Shah Alam
Ainul dengan makanan tak dapat dipisahkan.hihi. macam biasa ada je port makan sedap mesti nak share dengan korang semua. Mesti la makan nak sedap dan lagi best kalau ianya murah. Susah nak dapat yang murah dan sedap.
Hari tu malas masak. hihhii.. alasan takde. bagitau je kat husband malas masak. hahaha ( sila jangan folo tips ni ye ishh )
Husband lepas hantar anak p sekolah dia singgah beli nasi kukus ayam berempah ni. Sekarang banyak ada nasi kukus ayam berempah tapi mahal dan tak sedap. Tak memenuhi citarasa tekak den ni haaa
Tetiba husband wasap.. tunjuk gambar ni .. eh murah ni.haha
SEDAP KE Nasi Kukus Ayam Berempah?
Murah kannn !! mana nak dapat harga ni zaman sekarang . Biasa beli nasi kukus ayam berempah RM7 sekarang ni. ni harga kat Shah Alam la ye. Tempat lain mesti murah lagi kan
Ayam agak besar. ayam goreng berempah yang lembut garing. Terasa la rempah dia. Kuah dia pun sedap dan sambal dia pedas. Selalu beli sambal tak berapa kick. yang ni pedas.
Lokasi Nasi Kukus Ayam Berempah ni dekat tasik Seksyen 7 Shah Alam. Orang Shah Alam mesti tau punya kan.
So apa lagi p la try…
sedapnya.. nanti klu ke shah alam boleh la singgah ni
dah try yang kat belakang Giant Seksyen 7 tak? Situ lagi mabeles. Tapi beratur je lah selalu..
Lynda Che Lah recently posted…Restoran Babah & Co, Seksyen 7 Shah Alam.
yang kedai tu ke? yang tu pernah try. sedap jugak tapi mahal sikit dr yang ni