Nasi Tomato Sedap Di Shah Alam
siapa suka makan nasi tomato ayam merah? Febret Ainul ni. Susah nak dapat yang sedap. Sekali terjumpa yang sedap terus rasa nak share dengan korang semua.Nasi tomato ayam pedas ni terletak dekat Giant Seksyen 13 Shah Alam. Ala Giant besar dekat Stadium Shah Alam tu. Senang kan nak cari.
Makcik ni gerai dia yang dekat food court tapi gerai kecik tepi food court tu. Betul betul depan Big Apple Donut
Sepinggan ni RM6 je. Ayam dia ada 2 jenis. Ayam masak sambal atau ayam masak merah. ni Ainul ambil ayam masak sambal. kalau korang suka pedas ambil ayam sambal. Ayam masak merah tak pedas sangat. Ayam masak sambal dia pedas giler tau. Kang tekejutzz pulak. Ainul suka sebab memang giler suka makan pedas. huhuBudak budak ni pun sibuk nak jugak. yang ni ambil nasi putih. ayam goreng. Kalau Nasi putih, ayam goreng RM5 je. Murah dan sedap.
Best makcik ni sebab pagi pagi lagi dia dah buka. Kami selalu p Shopping kat Giant pagi pukul 9pagi. Almaklumlah orang bekerja sendiri ni suka p shopping hari biasa pagi pagi. tak jam parking pun banyak. Makanan kat food court belum siap. Makcik ni dah ada. Ada banyak pilihan lauk lain. Febret Ainul nasi tomato ayam pedas ni.
Kepada penggemar nasi tomato boleh la try kat sini. Ikut selera Ainul sedap . Apapun kena ikut tekak kita la kan.
selera tengok sambal yang merah menyala tu..nyum nyum
menggoda warna dia kan..
seronoknya tengok anak makan …
diaorg memang kuat makan. lagi suka makan pedas. pengaruh mak diaorg yg suka makan pedas jgk.hihi
sy suka nasi tomato….sedapnya…tq share kot nnti terpegi boleh singgah
jangan lupa try tau…
Sedapnya… time lunch plak terbaca entry, kalau lah ada delivery, mahu ku order terus. Hihiihi. Thankz ye sharing tempat ini. Boleh la singgah kalau ke shah alam .