Percutian Mewah Ke Jepun dan ianya Fully Sponsored
Apa yang menarik dekat Jepun ni? Yang paling nak sangat saya pergi
1. Disneyland
Disneyland Park Tokyo sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Disneyland Tokyo dan DisneySea Tokyo. Tiket untuk kedua-dua park ini dijual berasingan dan setiap park ni mempunyai kelebihan masing-masing. Saya sangat excited nak pergi ke Disneyland Park Tokyo ni sebab saya dimaklumkan ianya adalah diantara yang paling cantik dan terbesar di dunia
2. DisneySea
DisneySea ni sama juga macam Disneyland tu. Korang masih boleh jumpa Disney’s characters macam Mickey Mouse, Donald Duck & the whole gang time diorang buat performance atau greet guests. Konsep, deco building dan rides di sini lebih sesuai untuk orang dewasa dan kurang keanak-anakan kalau dibandingkan dengan Disneyland. Seriously…. kat sini memang lebih cantik.
Setelah eksplorasi sikit-sikit, ini dia senarai attraction yang korang wajib cuba.
American Waterfront :
– Tower of Terror
– Toy Story Mania
Port Discovery :
– StormRider
Lost River Delta :
– Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull
– Raging Spirits
Arabian Coast :
– The Magic Lamp Theater
Mysterious Island :
– Journey To The Centre of the Earth
– 20,000 Leagues Under the Sea
3. Tokyo Sky Tree
Fakta Menarik TOKYO SKYTREE.
1. Menara broadcast setinggi 634 m ini dibina dengan teknologi Jepun dan diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai menara tertinggi di dunia.
2. Merupakan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
3. Para jurutera TOKYO SKYTREE bina menara ni supaya mampu tahan gegaran gempa bumi yang lebih kuat dari magnitude 8.0.
4. Akihabara
Akihabara atau Akiba adalah kawasan yang terkenal dengan kedai-kedai barangan elektronik. Beberapa tahun kebelakangan ini, Akihabara semakin dikenali sebagai pusat bagi peminat budaya Jepun seluruh dunia.
5. Hakone Sightseeing (Lake Ashi & Mount Fuji)
Tasik Ashinoko terbentuk disebabkan letusan gunung berapi Hakone sejak 3000 tahun dahulu. Keistimewaan tasik ini adalah keindahan kawasan sekitar tasik yang berlatar belakangkan Mount Fuji. Ianya menjadi simbol istimewa Hakone pada hari ini.
semoga berjaya ….