Perintah Kawalan Pergerakan. Hikmah disebalik Ujian

Perintah Kawalan Pergerakan. Hikmah disebalik Ujian

Hari ke 4 di Perintah Kawalan Pergerakan. naik buntu dah masak apa dah. anak anak kejap kejap lapar. 10kali dok bertukang kat dapur kan. 14hari duduk diam diam dirumah. Apaun setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya

HIKMAH DISEBALIK SETIAP UJIAN ALLAH

1. Masjid ditutup

Dulu masjid sentiasa dibuka kita malas nak p. bila ditutup kita rasa sedih. Semoga hikmah selepas ujian ini kita berebut rebut nak berjemaah di Masjid selepas ini.

2. Bekerja di rumah

kalau dulu monday blues la, malas takde mood nak p keje. datang lambat, buat buat sakit nak mc.
sekarang bila kena bekerja dari rumah. kita rindu suasana hadap jem, rindu suasana opis, rindu bos bebel, rindu gosip dengan kawan opis.

3. Sekolah tutup

kalau dulu kemain susah nak kejut anak p sekolah.malas nak p sekolah.
nahh duduk la kat rumah sekarang. baru 3hari dah mula bosan. rindu kawan sekolah. rindu nak sarung baju sekolah.

4. Semua boleh buat online

Dulu kita rasa semua boleh beli online. beli baju online, barang dapar online.

sekarang nahhh buatlah semua online.. ok ke? tanpa sedar hilang nikmat membeli ikan sayur bila buat online.

tengok ikan fresh kat pasar nikmat tauuuu

5. Anak asyik kena tinggal

Dulu kita sibuk bekerja, anak kena tinggal di taska, nursery, dengan pengasuh

sekarang 14hari cubalah nikmati nikmat Allah bagi masa dengan anak anak. masa ini nak masak makanan sedap, solat bersama, makan bersama, main bersama

6. Masa suami isteri

Tak dinafikan kita suami isteri bekerja siang malam cari rezeki. keluar pagi. malam baru balik. dah balik borak kejap terus tido. kadang tak sempat borak sebab salah sorang dah tido

14hari Allah bagi kita nikmat untuk pandang muka orang yang kita nikah, orang yang berjanji nak hidup semati.

masa ini nak tengok HBO sama sama, minum kopi sama sama. solat bersama.

Allah sayang kita melebihi kita sayang diri kita sendiri. setiap ujian Allah adalah jalan untuk jawapan kepada doa doa kita.

Semoga kita bersama kuat hadapi ujian ini. Aminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge