Perjuanganku belum selesai

Syukur Alhamdulillah…..

Arreessa sudah genap 6bulan. Maka dengan itu genap la 6bulan ainul berjaya exclusive breastfeeding Arreessa. Ya ALLAH, lega sangat sebab dah sampai tahap ni.Ainul sunggup tak sangka.Nak sampai ke tahap ni banyak sangat halangan, dugaan. Ainul penah give up, stress tahap kritikal sampai susu takde setitik pun.Kerja yang kena p site, outstation.Ainul usung je Arreessa p site sebab takde stok susu utk ditinggalkan.

Marilah ainul nak share sikit suka duka perjuangan kecik seorg ibu utk anak dia…

habis je cuti 60hari, ainul dah berjaya kumpul dalam 60 botol stok EBM.sikit je.tak macam kawan-kawan lain yang beratus-ratus. tapi ainul bersyukur & redha.Rezeki utk Arreessa. masuk je keje, awal2 tu takde byk keje sgt.so mmg sempat la setiap 3jam pumping.susu pun meriah.sekali pump 6-7oz blh dapat.

Disangkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ainul tetiba demam. 3hari demam yang teruk.sampai tak boleh bangun langsung.so MIL yg bantu jaga Arreessa guna semua stok ebm yang ada.Ainul mmg pasrah je.ainul tak berupaya langsung.Masa hari ke 3 tu ainul gigihkan jugak bagun setiap malam susukan Arreessa.Sedih sebab 3hari tak layan dia.nasib baik Arreessa macam faham.Dia tak meragam pun.

Leppas ke sembuh dari demam, usaha nak kumpulkan stok ebm macam terbantut. sebab MALAS!! sila jgn ikut perangai ainul.Time tu jugak la keje opis bertimbun2.stress pun datang.production susu makin menurun.Ya ALLAH, ainul masih ingat lagi yang ainul hanya mampu tinggal kan 7oz je stok susu utk Arreessa.sedangkan Arreessa minum 12oz.sebelum p keje, ainul kucup pipi Arreessa & bagitahu dia yang itu je rezeki utk dia hari tu.Serius ainul menangis dalam kete sebab ainul takut Arreessa lapar & MIL akan bagi FM.Time lunch kat opis, ainul call MIL.Alhamdulillah Arreessa tido je sepanjang hari.minum pun sikit.YA ALLAH terima kasih…

Sejak hari tu, ainul tak penah ada stok ebm.Ainul pump hari ini untuk stok hari esok. Sikit dapat hari ni, sikit la utk arreessa minum esoknye.Boleh dikatakan setiap time lunch ainul akan curi2 balik umah hantar susu yang dipump pagi tu.Tu je yang ainul mampu buat.

Tak penat ke??? penat…memang penat.lebih2 lagi kalau ada meeting & urgent keje yang membuatkan ainul tak sempat nak pump kat opis.so takde la stok susu utk Arreessa esok.So apa yang ainul buat, esoknyer EL.Dah banyak EL ainul ambik tahun ni.Takpelah demi Arreessa.

Ainul ingat lagi ainul penah tahap depress sebab susu taknak kuar.pump2 taknak kuar.Sambil pump sambil nanges.hari-hari nanges kat husband.Terlintas kat hati ainul nak bg FM je.Husband yang tak bg.Dia terus bagi support kat ainul.

Bila Arreessa masuk 4bulan, parents in law suruh bagi solid food. Ainul dah buat research kalau boleh tunggu baby 6bulan.Ainul degil taknak bagi.nak jugak tggu Arreessa 6bln.Hahaha menantu derhaka saya “(

Arreessa kini dah 6bulan..Amin!!! esok boleh start solid food. Lega hati mama “)

Segala usaha berbaloi bila Arreessa membesar dengan sihat & cergas. Lupa segala penat lelah..

Namun begitu….. perjuangan mama belum selesai  sayang. Masih ada 1 tahun 6 bulan. InsyaALLAH..

NEVER SAY NEVER!!!

5 Replies to “Perjuanganku belum selesai”

  1. sangat touching..
    YE memang betul perjuangan kita masih jauh lagi….macam2 dugaan kan…tapi takpe demi baby kita yang tersayang,kita gagahkan jua~ chaiyok2 ainol 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge