Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

Perubahan haid pada usia 40-an adalah perkara biasa dan sering berlaku sebagai sebahagian daripada fasa perimenopaus, iaitu tempoh peralihan sebelum seseorang wanita mencapai menopaus sepenuhnya.
Ada kes haid jarang datang, haid datang sikit, haid datang banyak. Dan dari haid juga penunjuk kepada pelbagai penyakit
Tips saya dalam menjaga kitaran haid
1. Jaga Pemakanan
Paling basic dan sangat penting adalah jaga pemakanan. Bila dah masuk usia ni hormon kita dah makin menurun, makan banyak berat dah susah nak turun dan pemakanan juga boleh efek pada hormon kita. Jadi kalau kitaran haid tak betul tu check balik pemakanan harian ok.
Apa yang saya makan?
saya makan nasi macam biasa. nak kurus diet tapi kena cara yang betul..diet yang salah pun boleh efek hormon haid kita.
saya lebihkan sayur,buah. protein pun banyak protein tumbuhan. protein haiwan dah kurangkan
2. Aktifkan badan
Rajin lah bersenam, aktifkan badan jogging , briskwalk, berkebun ke. paling tidak mop sapu lantai. Bagi badan kita sentiasa bergerak
3. Kurangkan stres
perasaan kita kena jaga. tak mau stress stress. Bila stress mula ka kacau period dan tekanan darah pun boleh naik. kita nak tenang tenang ajeee di usia ni. benda remeh temeh tolak tepi.
4. Cukup tidur
Diusia ni mostly anak anak dah besar. Jadi mudah sebenarnya untuk kita dapat tidur lena. kalau susah nak tidur kena check mungkin ada masalah anxiety, insomnia dll. Cubalah untuk dapatkan tidur berkualiti. kita dah bukan zaman tidur beberapa jam dah ok. sekarang nak banyak rehat, tidur lena baru esok bangun badan segar, emosi stabil
Bila hormon terganggu masalah lain selain haid juga akan datang. Jadi jaga hormon jaga emosi kita.
5. Ambil supplementĀ
Saya kan memang amalkan supplement Shaklee dari umur 20an lagi jadi ainya sangat membantu hormon, kitaran haid saya. saya ambil vivix, GLA complex, Omega Guard, ESP, Ostenutrix . Ini antara yang saya amalkan. Nak sihat, cantik cergas di usia 40an kenalah spend duit sikit kennn
Selamat mencuba dan kita hadapi kehidupan 40an dengan bahagia tanpa penyakit