Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari Di Matic
Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan. Nak cite kisah photoshoot sabtu lepas. Photoshoot raya. eh pose pun belum dah sibuk nak raya. Baru photoshoot. kena la buat sebelum puasa kan. Pertama kali join Kelab Blogger Ben Ashaari dalam sesi photoshoot ni. Teruja sangat . hebat Kelab Blogger Ben Ashaari ni tau. ” Bukan sekadar Blogger ” .
Terima kasih atas tajaan Banner dan props dari dalizgrafix .
Lokasi photoshoot kami di MATIC Jalan Ampang. Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourism Centre (MaTiC) ini dulu tempat husband selalu tengok teater sebelum ada Istana Budaya.
Model Arreessa |
Terima kasih MATIC untuk lokasi yang cantik dan kebetulan ada pameran rumah rumah untuk Pesta Kaamatan. Sesuai la jugak dengan tema hari raya kami.
Bertuah sangat kami geng #KBBA9 sebab di make up oleh make up artis,Rita Rahman dan Artistic Team
Make up artis yang make up Ainul adalah Wiwin. Korang boleh contact Wiwin di IG : Makeupby Wiwin atau call beliau di 0163152198
Cantik sangat beliau make up. tetiba feeling jadi retis kejap.Sekali sekala dapat make up. Apa lagi kita melaram sakan la. Siap bulu mata palsu lagi tau. Kalah Che Ta. hihihi
sebelum dan selepas make up. Beza tak? hihihi |
Inilah Wiwin yang berjaya make over Ainul. |
Ramai mae up artis yang terlibat yang diketuai oleh kak Rita Rahman. Pada yang mencari makeup artis untuk apa jua majlis boleh hubungi mereka ye . Very recommended. semua kami di make up cantik dan semua MUA senang berurusan.
Make Up Artist:
Rita Rahman
FB : Rita Rahman MUA
IG: Rita Rahman MUA
IG Artistic Team:
@farizha_mua
hasil kreatif MUA dari Artistic Team |
Baju yang Ainul pakai masa photoshoot ni di sponsor oleh Deea Boutique . Fesyen baju kurung kedah atau kurung moden pendek. Suka sangat sebab nampak kurus la sikit bila pakai baju ni. hihihihi. Butik Deea ni terletak di Plaza Masalam. Dekat sangat dengan rumah. maka nanti boleh terjah cari baju raya…
Maryam pun terkejut tengok mama lain bebenor hari tu… |
kain yang sedap. tak panas, tak jarang dan mudah untuk kita menyusu jugak. Syarat penting bagi mak mak ni kan. walaupun sangat simple tanpa sebarang manik, kerawang ke tetapi corak, potongan baju ni sudah cukup menarik dan cantik kan.. instant shawl yang sweet juga dari Deea Boutique
Deea Boutique
FB: Bhaju Deea
IG: Bhaju Deea
Aksesori wajib ada bagi setiap wanita. Terima kasih Vonaish atas tajaan pin hijab yang comel.
Aksesori :
Vonaish
FB : Vonaish
IG: Vonaish
kamu lelaki juga ditaja oleh Emin Madrosa. Segak bergaya semuanya .
Pakaian Lelaki:
Emin Madrosa
FB : Emin Madrosa
IG : Emin_Madrosa
Makan tengah hari kami , ditaja oleh Cerita Kambing. Nasi Beriani ayam merah yang sedap. Istimewa Ramadan ini Buffet Ramadhan di Cafe Cerita Kambing. Murah dan berbaloi-baloi. Hanya RM28 dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak. Boleh baca review Ainul mengenai nasi beriani kambing di sini dulu. Orang Shah Alam yang nak berbuka dengan Nasi Beriani sedap oleh datang ke Anggerik Mall.
Sekitar photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari Di Matic
Terima kasih #KBBA9 untuk sesi photoshoot yang sangat best. memang happening sangat. dan korang semua memang BEST !!!
wah…meriah kan..syok sangat bersama2 dgn rakan2 kbba.
bestkan.belum aksi kita yang "tak jadiii " hihhii
hahahahah,itulah, tapikan memang best sangat. pelbagai ragam dan kenangan kita di matic sabtu lepas.
Santekk sangat Ainul x macam mak budak
kak shiqeen pun cantik macam model. dah la tinggi. jeles!!
mmg win mekap dia. sies x kenal ainul mula2 tu. hehe
sekali sekali mak gediks.hihihi. maryam pun terkejutz tgk awat mama dia pelik sangat..
waaahhh .. meriah … rasa menyesal tak join .. hurmm >.<
next time kita buat lagi. lyssa kalau make up lagi super cun.
kak ainul yang comel…hihihi
ainul gojes sgt
fuyoo cntiknya kak 🙂
kejelitaan terselah la kak ainul..thorbaik…
saya suke..saya suke..