Raya Aidilfitri 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025. Alhamdulillah kita dipanjangkan usia diberikan kesihatan untuk mmut Ramadan nak meraikan syawal. Korang raya mana tahun ni? Tahun ni Ainul raya di Perak sebelah Ainul yeahh ! Last sekali raya di Perak pada 2022. Mak ayah pun dah duduk di Shah Alam. beberapa tahun lepas ayah tak sihat jadi raya di Shah Alam je la. Ni bila ayah sihat dia terus la ajak anak anak balik raya di kampung
Asal raya je perempuan je kena buat keje
@matikan1712 PULU PULU JOM KITO BERSIHKAN RUMAH, ESOK NAK RAYE !!! #kampunghalaman #rocktetaprock #pulupuluribu ♬ original sound – MAT IKAN


Main Bunga Api
Nak raya tak main bunga api mercun tak sah la kan. bab beli bunga api kita serahkan pada 2 orang pakcik ni. Mereka rajin la melayan anak anak sedara main bunga api
@ainul_mustafa Aktiviti bila balik kampung. koranh dah sampai ke kampung ke? #raya2025 #ramadan2025 #aidilfitri ♬ bunyi asal – علياء ميسرة🍣 – 💤
Suasana Hari raya Pertama
Awal pagi kami keluar solat raya. penuh masjid dengan anak menantu cucu cucu mak ayah. Seronok anak anak dapat merasa suasana kampung
team gegirls
team boys
ada lagi ni tak sempat nak bergamabr semua hehe
ashu dengan sebahagian anak anak sedara
Pergi Beraya
Kami sempat la ziarah raya rumah mak sedara dan sepupu. Tak banyak rumah pun dalam sehari. Sebab malam ada sedara mara pulak datang rumah
Adik beradik ayah semua dah takde. Tinggal ayah ainul je sorang. Jadi rumah kami akan jadi port anak anak sedara ayah, sepupu kami berkumpul berjumpa ayah. Sebelah mak pulak mak cik pakcik beraya di Kuala Lumpur rumah anak mereka
Bergambar Raya
Syukur 6 orang adik beradik dari 7 orang berkumpul tahun ni. Sorang adik beraya di perantauan tahun ni.
dan ini keluarga kecil saya. Ainul, faiz, Arreessa, Ariana & Aqeela