Resepi Donut Sukatan Cawan Sedap Lembut Gebu Confirm Jadi

Hi apa khabar? lama pulak dah menulis di blog personal ni. Alhamdulillah sihat dan rasanya tahun 2020 ni taun kita duduk dirumah aje la ye. Bila dah duduk di rumah, anak anak kejap kejap lapo, kejap kejap bosan. Adoi. Maka mak terpaksa la ajak diaorang baking, masak , buat apa aktiviti yang best.

Dout selalu beli je kalau nak makan. Bukanlah suka sangat donut tapisesekali teringin nak makan. Jadi gogle sana sini. riki resepi di youtube, Ig, FB semua last jumpa resepi ini. Ainul dah cuba banyak kali dan memang menjadi dan sedap. Walaupun dah sejuk tapi tetap lembut sedap

 

Resepi Donut Sukatan Cawan Sedap Lembut Gebu Confirm Jadi

 

RESEPI DONUT/BOMBOLONI SIMPLE, CONFIRM JADI!

Resepi dari Siti Sumiza Roseli

Bahan A:

1 paket yis kering (11g)
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air suam (anggaran 320g)
2 sudu besar gula
Bahan B:
4 cawan tepung gandum (540g)
2 sudu besar marjerin (50g)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
-Campurkan semua bahan A ini dan biarkan ia kembang(15minit)
-gaul bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti.
-Apabila ia telah menjadi seperti serbuk roti, masukkan Bahan A dan gaul sehingga adunan rata.
-Jika adunan menjadi sedikit lembik jangan tambah tepung.
-Biarkan selama 1 jam.
-Pastikan adunan disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat
-Selepas 1 jam, tumbuk adunan tadi untuk mengeluarkan angin.
-Bulatkan doh dan biarkan doh kembang seketika.
-guna acuan donut@blh bentukkan sendiri..
-Biarkan selama 10 minit
-Doh boleh digoreng. Pastikan minyak panas dan goreng dengan api yang sederhana.
-tos minyak sekejap.
-gaul dengan gula castor @ celup coklat@ letak cheddar

1 adunan dapat +-30 biji kalau guna acuan donut kecil.cuba la!

Korang ikut betul betul resepi ni memang confirm jadi sedap. Ainul suka garing di luar lembut di dalam.  Maafkan la ye rupa yang tak berapa cantik. hehehe selamat mencuba

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge