Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je janji Sedap

Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je janji Sedap

Sebut sahaja Maggi semua kecut air liur. Tapi hari ni Ainul nak kongsikan resepi bukan maggi biasa tu tapi mee yang berbentuk maggi je. dah lama tak makan maggi jenama maggi tu. dan ank elak anak anak makan jadi Ainul beli mee berbentuk maggi dan perencah sendiri. Resepi yang Ainul nak share ni untuk Ainul makan sebab pedas. anak anak punya versi tak pedas.

Mee berbentuk maggi ni ada banyak di kedai. macam macam jenama. Ada di bahagian spaghetti, bihun selalunya.  Ainul suka brand ini. Harga tak mahal pun. Rasa antara yang termurah tapi sedap

 

Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je janji Sedap

 

Bahan bahan 

Mee bentuk maggi -tak kisah brand apa

cili kering – 5biji kalau nak pedas lebihkan. kalau taknak pedas kurangkan

bawang merah

bawang putih

telur

minyak masak

sos tiram

sayuran kesukaan. ainul letak saleri je

 

Cara nak Masak yang Super senang

mula mula rebus mee korang dulu bagi lembut

tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering yang dah direbus. kalau nak tambah cili padi atau tukar ke cili padi pun boleh

kemudian panaskan kuali. masukkan minyak masak

tumis bahan bahan yang ditumbuk sampai garing naik bau

kemudian masukkan telur kacau bagi hancur

masukkan mee dan sos tiram & sayur

goreng sampai garing dan siapppp

 

ehh mana garam?

Ainul tak letak garam sebab dah letak sos tiram. sekarang ni memang masak hanya guna 1 perasa je. kalau nak letak garam so garam je. kalau sos letak sos je. tapi ni Ainul la. korang letak la garam ke apa perasa yang korang nak

Senang je kannn

tapi sedap, pedas yummyyy !!

Selamat mencuba

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge