Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
1. Siapa saya ?
Saya Ainul Mustafa. berumur 30tahun. Berasal dari Perak. Isteri kepada Faiz Saaid dan ibu kepada 2 orang puteri Arreessa Zulaikha dan Ariana Maryam. Dulu saya adalah seorang jurutera di sebuah company GLC. Sekarang saya adalah ibu yang bekerja di rumah
2. Kelebihan blog saya
Blog saya cantik.ehhh… kenapa blog ni patut anda baca? Blog saya adalah catatan seorang ibu untuk anak-anak nya. Tips, pengalaman sendiri ketika hamil, melahirkan mereka. Saya berkongsi resepi yang mudah tetapi sedap untuk ibu ibu bekerja sebab saya dulu pun bekerja. Saya suka bercerita pasal breastfeeding sebab saya adalah breastfeeding mom. Alhamdulillah sedikit pengalaman menyusukan anak pertama selama 3tahun 6bulan. Saya suka travel jadi ada juga sedikit tips, pengalaman saya ketika travel. Jangan tak tahu saya ketika hamil 7 bulan pun berjaya panjat candi borobudur
3. Apa impian saya menjadi blogger
Saya nak p Paris FREE macam abg Ben. hehheee
Impian saya agar segala apa yang saya tulis dapat membantu orang di luar saya. Niat saya jika saya mati , blog saya tidak mati dan ilmu ini menjadi salah satu sedekah saya
Salam ..Lya singgah dari segmen yg sama …Done Follow u..
All the best kak! =)
http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
salam kenal,
dari seorang yang bekerja skang dok umah memang terbaik..demi anak2 kan apa jer sanggup..
Akif Imtiyaz : terima kasih. saya follow awak jgk 🙂
Cik Fafa: tq sudi singgah.
Zee: demi anak2 sanggup buat apa sahaja. tak sanggup nak hantar merekakat org lain jaga. rasa rugi lepaskan saat2 diaorg membesar