Seminggu Ramadan

Seminggu Ramadan

Pejam celik sudah seminggu kita berpuasa. Azam Ainul Ramadan kali ni salah 1 nya adalah untuk memasak setiap hari. Alhamdulillah seminggu ni berjaya masak setiap hari untuk ahli keluarga.
Baru Seminggu pun sebenarnya pening jugak nak fikir menu apa nak masak setiap hari. Korang macammana? Boleh je google resepi. Kat facebook pun banyak je orang share resepi macam macam. tetapi ada yang macam tak kena dengan selera. Adoi pening jugak kan. Takkan hari hari nak makan menu yang sama. mahu naik muak jadinya.

 Percubaan pertama membuat Asam Pedas Tetel. Pemintaan kakak ipar buat asam pedas tetel ni. Gooogle je resepi dan tiru je sebijik apa yang dia suruh buat. Alhamdulillah menjadi la juga walaupun tak se power asam podas dekat kedai. cuma tetel tu berbau sikit. tak reti basuh kot..huhu

Ainul setiap hari berbuka di rumah mertua. Jadi masak la 1-2 lauk tambahan untuk mertua. Setiap hari pukul 3 petang dah ke rumah mertua tolong apa yang patut. Lauk Ainul selalu masak siap2 dekat rumah. kadang kadang je masak di rumah mertua.
Ni Arreessa tolong atok dia buat buah melaka. suka bebenor menolong di dapur. Boleh la belajar memasak dengan atok yang pakar tu. lepas tu boleh masak untuk mama.hihi
Ok lah nak pikir apa menu hari ni pulak…korang ada idea tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge