Set Berpantang Danita
- By:
- On:
- 6 Comments
Set berpantang bersalin apa yang Ainul guna kali ni? Anak 1st Ainul guna Nona Roguy, anak ke dua Ainul guna Tanamera dan kali ni Ainul nak cuba Set Berpantang Bersalin Danita
Kenapa Ainul pilih set berpantang bersalin Danita ni? Salah 1 sebab set berpantang danita ni lengkap dengan bengkung dan tungku. Nak cari bengkung lilit sekali dengan set pantang susah jugak tau. Ada tapi mahal sangat, ada tapi bengkung modeb..ada tapi bengkung dia pendek.
Dan kenapa Ainul pilih set berpantang Danita ni sebab Ainul boleh beli untuk set yang luaran sahaja. Untuk set berpantang bersalin Ainul makan Set Berpantang Bersalin Shaklee la kan. Paling terbaik.
1. Tungku Besi
Sekarang nak jumpa batu susah wei.. nasib baik la ada tungku besi ni. Agak berat jadi kena hati hati la ye. Appaun aktiviti bertungku masa dalam pantang sila jangan mengelat ye. Bagus untuk ekcutkan rahim kita. Ainul suka bertungku ni. rasa sedap je badan
2. Bengkung Lilit
1st time pakai terus jatih cinta. wah gitu.. Dulu masa pantangkan Arreessa pernah beli bengkung lilit takde cap. kain dia agak kasar dan buatkan kita gatal gatal. Adoi jenuh menggaru perut. Bengkung Danita ni kain dia best dan yang best ada zip kat tepi. Zip tu memudahkan kita nak ke toilet atau buka bengkung. Bengkung lilit ni leceh nak pakai tapi sedap rasa badan bila dah pakai. Sebab dia grab betul betul perut, punggung, paha kita. Kata nak kurus cepat kan.
Akak mengurut Ainul pun cakap bengkung ni bagus. material kain bengkung dia pun berkualiti, tak panas. Ainul pernah tertido dengan bengkung ni. Takde la rasa macam berpeluh gatal tak selesa.
3. Mandian Herba
Ada 3 bunjut tapi 1 dah guna tau. Best mandian ni. tak berbau herba sangat. Tak suka berbau kuat sampai 1 rumah berbau herba.huhuhuu.
Yang ni sedang sedang aje. Rebus bunjut ni dan nanti mandi air rebusan dia. Segar je badan. Ainul mandi air rebusan dia tak bilas pun .. hahhaa sebab rasa sedap. lagi lagi mandi air suam suam gitu.
4. Boreh Panas
Ainul tak biasa pakai boreh ni. Boreh panas ni bancuh dengan air buat pilis. Pilis pun tak biasa pakai. Bila ada boreh ni try la jugak. Ainul sapu kat perut, bahagian bahagian yang tak berapa sedap dipandang. Pakai boreh ni dan pakai bengkung. Alhamdulillah takde gatal gatal.
5. Sabun Aura Terapi
Suka sangat sabun ni.hihihii.. ada bau herba sikit tapi tak kuat. rasa macam scrub pun ada. apapun best bila mandi rasa fresh gitu. melembutkan kulit jugak tau. Dalam pantang nak juga kulit cantik, lembut.
6. Minyak Serai Wangi
Sapu minyak di kat tapak kaki, betis.. sedap jek. buang angin gitu. Bau pun wangi, tak panas sangat. Bukan dalam pantang pun boleh pakai untuk kembung perut ke senggugut ke. Nyaman minyak ni.
dah dekat 2 minggu ni pakai ni, memang best set berpantang Danita ni. Ada macam macam lagi yang dia offer, kita boleh pilih mana yang kita suka la kan.
Yang berminat nak dapatkan set pantang bersalin Danita ni, boleh ke
website : http://setbersalindanita.com/
Facebook : Set Bersalin Danita
x pernah dengar jenama Danita ni tp nampak macam best..lagi2 tungku dia..jarang nk jumpa zaman skg..akan masuk senarai for my next pregnancy..insyaAllah..tq for sharing ainul..n congrats on ur newborn..
terima kasih. Ainul pun baru tau masa google.hihi. so far ok la dengan set ni. lengkap la utk kegunaan masa pantang kan
Dah hampir terpengaruh ni…
boleh la cuba.. ada banyak set. Ainul ambil yg luaran je
Wah! Memang tengah mencari set berpantang luaran. Boleh lah try ni..
sila try. best