Sport Day Little Caliph Platinum Shah Alam

Sport Day tahun ini diadakan di TTDI Jaya Shah Alam. Kalau nak tahu Sport Day ini bergabung dengan LC lain seperti Kota Damansara, Damai, Subang Bestari , TTDI Jaya & Setia Alam. So sangat la meriah.
kami lebih excited sebab last year Arreessa tak dapat pergi. Kena ikut mama babah outstation ke JB. kali ni memang kena bayar ganti rugi kat Arrreessa. Wajib pegi Sport Day dia. Bersemangat Mama Arreessa ni tau bila anak nak berhari sukan. Beli kasut sukan lagi . Bukan kasut sukan mama Arreessa la. Kasut sukan Arreessa. Yang penting penting harus berwarna pink dan bergambar frozen. Begini la kan ada anak perempuan.
Seawal 7pagi dah kejutkan Arreessa bangun pagi. Nasib baik la bersemangat nak suka jadi senang je bangun. Maryam senang bangun sebab dia bangun lagi awal..huhu
Sampai ke Padang Sekolah TTDI Jaya, tengok kereta mak aiii punya la banyak. mencari parking punya la susah. memang kena datang awal.
Kebetulan malam sebelum tu hujan lebat, padang agak becak. nasib baik Ainul pakai kasut sukan, Selamat kaki jemariku dari kena lumpur. Bukan tak boleh kena cuma tak selesa la kan. kata hari sukan jadi kena la pakai kasut sukan kannn
Setiap Little Caliph akan membaca tema berlainan. LC Platinum tema buah buahan. Sebab tu la Arreessa pakai topi tembikai. Ada LC tema binatang, sayuran.. Serius semua sangat comel
Acara bermula dengan bacaan doa dan ucapan. Selepas itu bermulalah acara sukan dimana acara perbarisan. sangat comellll
Acara BattleCry by Little Caliph Platinum. Menang Johan pertandingan Perbarisan dan BattleCry
Apapun TAHNIAH kakak Arreessa sebab menang GOLD dan SILVER untuk game di Sport Day LC 2015