Stay 3 Hari 2 Malam di Palace Of Golden Horses FREE .. Siapa Nak?
Jumaat lepas Ainul dan Husband diberi peluang keemasan untuk tinggal 3 hari 2malam di palace Of Golden Horses secara PERCUMA. Bukan sahaja hotel 5 bintang je dapat FREE tetapi dapat juga jalan jalan Kuala Lumpur lagi. Walaupun duduk di Shah Alam ni tetapi jarang sangat ke KL sebenarnya. Yang penting FREE.
Jumaat pagi jam 10 pagi kami dikehendaki mendaftar di Hotel Palace Of Golden Horses. Ini kali ke dua menjejakkan kaki ke sana. Kali pertama dulu ada event Hi Tea. Kali ini lebih SPECIAL la dapat tidur hotel FREE.
Selamat datang ke National Conference Shaklee 2015
Selesai sahaja pendaftaran, masuk bilik letak bag dulu. Bilik yang sangat besar. Arreessa & Maryam confirm suka la ni.
Sebelum bermulanya tour KL, kita Lunch dulu di Hotel. Specialnya lunch hari tu, kami disediakan dewan khas untuk ahli ahli rombongan sahaja. Jadi tidak la bercampur dengan guest hotel lain
Bersama leader Shaklee saya yang HEBAT. Master Coordinator Najihah Razali. Walaupun masih alah 1st trimester tapi tetap kuat datang jauh dari Penang.
Bersama leader hebat saya Zana & Najihah . Juga sideline Ida. Muka kemain hepi nak p jalan jalan. Yang syiokk buat sementara tanpa anak anak. Arreessa & Maryam kakak Ainul jagakan. Lepas tour ni baru kami bawa mereka ke hotel
Central Market
Dari hotel kami ramai ramai naik bas. Macam rombongan sekolah. Memang best la kan. Lama tak dating berdua dengan husband naik bas. Boleh la lengtuk kan kepala kat husband kannnn…
Destinasi Pertama kami adalah ke Central Market. Para lelaki pergi Solat Jumaat manakala yang perempuan Shopping..
Central Market ni banyak barang barang art. Kalau nak beli cenderahati Malaysia sesuai la datang sini.
Ainul jalan jalan cuci mata je. Tak tahu nak beli apa. Teman akak sorang ni belikan baju dinner untuk anak anak dia. Kebetulan nanti ada dinner tema Majestic. Belikan anak anak dia baju Chinese. Comel sangat
Muzium Diraja
Ini bukan Muzium Negara tau. Istana Negara lama yang dijadikan Muzium. 1st time pegi ni. Excited la sebab dapat masuk Istana. Korang pun boleh pegi. Tiket harga RM5 kalau tak silap. Kami masuk FREE
Maaf la tiada gambar di sini sebab dilarang bawa masuk camera.huhuhuu
Dapat la masuk tengok ruang tamu istana. Bilik Diraja. Mak aii besar giler. Bilik je tau. Besar macam sebuah rumah.. Bilik make up, bilik mandi pun kerlass tau.
Siapa yang belum pegi tu sila la bawa anak anak ke sana.
Istana Negara ini dulu rumah Ahli Perniagaan Cina. Dia datang ke Tanah Melayu masa umur 16 tahun. Bekerja mencari timah. Dia ada 8 isteri dan 26 orang anak.. sebab tu rumah dia besar. Masa zaman Jepun, Sultan Selangor beli rumah dia jadikan Istana
Aquaria KLCC
Sudah lama tidak ke Aquaria KLCC. Dapat masuk FREE kan jadi kita tawaf la Aquaria sepuas hati. Musim cuti sekolah jadi sangat ramai orang.
Jalan berdua ni best la sikit. Dating time 🙂
Jalan berdua ni best la sikit. Dating time 🙂
Bila sekali sekala dapat dating bersama… memang la gedik & sengal .hehehe
Dinner di Grand Hyatt Kuala Lumpur
Malam pulak kami diraikan dengan majlis Dinner yang sangat BEST. Makanan yang sedap dan persembahan yang BEST giler
Dapat Gift Pewter lagi.
Nak dapatkan Percutian dalam Negara dan Luar Negara Secara Percuma?
Jom sertai kami di Family Chromatic
Bimbingan & tunjuk ajar akan kami berikan untuk anda yang SERIUS ingin menjana income 4-6 angka
Hubungi kami di 013-3612717 atau email : ainulfadzilah@gmail.com